Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawatan Kamala ke SG, Vietnam tegas komitmen AS terhadap rantau Indo-Pasifik

Lawatannya antara lain bakal beri tumpuan terhadap isu kesihatan awam global, kerjasama ekonomi dan keselamatan
Aug 21, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris akan menekankan tentang komitmen berterusan Amerika kepada rantau Indo-Pasifik sewaktu lawatannya nanti ke Singapura dan Vietnam, kata pegawai kanan AS kelmarin.



Rantau ini, Asia Tenggara, benar-benar penting kepada Amerika Syarikat, kata seorang pegawai yang ingin identitinya dirahsiakan, kepada wartawan sewaktu satu taklimat.



"Naib Presiden... menyedari bahawa banyak daripada sejarah abad ke-21 akan ditulis di kawasan Indo-Pasifik. Kami mempunyai minat yang berkekalan di sana. Dan sebab itulah beliau begitu fokus terhadap rantau ini dan membuat perjalanan ini," tambahnya.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar (MFA), ini merupakan kunjungan pertama Cik Harris ke Asia dan beliau akan ditemani pegawai kanan dari Pejabat Naib Presiden, Majlis Keselamatan Nasional dan Jabatan Negara.



Perjalanannya menyusuli lawatan Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin ke Singapura, Vietnam dan Filipina bulan lalu.



Pegawai AS berkata perjalanan Cik Harris akan menekankan tentang tumpuan pentadbiran Encik Biden terhadap menggiatkan semula perikatan dan kerjasama di seluruh dunia, dan Cik Harris menyedari kepentingan menghadirkan diri dan mendekati masyarakat, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Lawatannya diadakan di tengah-tengah keprihatinan di Washington bahawa China semakin mendapat pengaruh di Asia Tenggara, yang didorong pengabaian Washington sebelum ini terhadap rantau tersebut.



Perjalanannya akan membuatkan ia jelas bahawa Amerika merupakan sebahagian rantau Indo-Pasifik dan akan terus kekal, dan akan melanjutkan matlamat pentadbiran Encik Biden untuk mengekalkan Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka, kata pegawai tersebut.



Para pegawai berkata Cik Harris akan memberi tumpuan terhadap bidang utama dalam kesihatan awam global, kerjasama ekonomi dan keselamatan.



Beliau juga akan membincangkan tentang menangani ancaman perubahan iklim, komitmen Amerika terhadap ketenteraman antarabangsa berdasarkan peraturan, hak pekerja, hak manusia, serta isu melibatkan rantau termasuk China.



Cik Harris berangkat dari Washington DC semalam dan akan tiba di Singapura Ahad ini.



Isnin ini, beliau akan mengunjungi Presiden Halimah Yacob dan bertemu Perdana Menteri Lee Hsien Loong untuk membincangkan pelbagai isu mengenai hubungan dua pihak, sebelum mengadakan sidang media bersama Encik Lee.



MFA berkata Cik Harris akan mempunyai bunga orkid jenis hibrid baru yang dinamakan mengikut namanya sebagai tanda hormat pada satu majlis di Istana.



Pada waktu tengah hari, naib presiden itu akan mengunjungi Pangkalan Tentera Laut Changi, di mana beliau akan memberi ucapan pendek kepada pelaut AS di USS Tulsa, kapal kombat litoral Amerika yang kini melawat Singapura, menurut ST.



Perjalanan Cik Harris ke pangkalan itu akan menegaskan pertalian keselamatan yang kukuh antara Singapura dengan Amerika Syarikat. Kerjasama dengan Singapura adalah sumber kekuatan kehadiran Amerika di Asia Tenggara bagi tujuan keselamatan, kata seorang pegawai lain, kata seorang lagi pegawai.



Cik Harris akan membentangkan ucapan dasar pada pagi Selasa tentang kepentingan kerjasama Amerika, lebih-lebih lagi di Asia Tenggara dan rantau Indo-Pasifik, dan membincangkan visi pentadbiran Encik Biden untuk pendekatan di rantau ini dan bagaimana ia mahu menyampaikannya.



MFA berkata pada hari itu, Cik Harris akan menyampaikan mengambil bahagian dalam sesi perbincangan bersama masyarakat perniagaan yang melibatkan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.



Menurut ST, Cik Harris akan bertemu kakitangan dari Kedutaan AS di Singapura, sebelum berangkat ke Vietnam, di mana beliau akan tiba di Hanoi pada sebelah petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >