Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawatan ke hospital, rumah jagaan digantung selama 4 minggu

Jan 22, 2022 | 05:30 AM



LAWATAN ke hospital atau rumah jagaan kediaman akan digantung selama empat minggu dari 24 Januari hingga 20 Februari 2022.



Ini demi melindungi pesakit dan pekerja penjagaan kesihatan dengan lebih baik, terutamanya dalam persekitaran dengan individu yang terdedah.



Namun, dalam tempoh tersebut, hospital dan rumah jagaan mempunyai budi bicara untuk membenarkan lawatan bagi kes luar biasa, misalnya jika pesakit atau penduduk sakit tenat, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



MOH menambah, kebenaran dikunjungi pelawat juga boleh diberikan kepada pesakit kanak-kanak, ibu yang melahirkan dan pesakit yang memerlukan sokongan jagaan tambahan daripada penjaga termasuk mereka yang mempunyai kekurangan daya mental.



Hanya seorang pelawat yang sudah ditetapkan dibenarkan melawat satu kali sehari.



Pesakit yang berada dalam keadaan kritikal dibenarkan menerima sehingga lima pelawat yang ditetapkan, dengan maksimum dua pelawat di samping pesakit itu pada satu-satu masa.



Semua pelawat yang dibenarkan melawat wad hospital mesti menggunakan pelitup pada setiap masa, tekan MOH.



Makan dan minum serta penggunaan tandas pesakit oleh pelawat tidak dibenarkan.



Pelawat juga dinasihatkan tidak duduk di atas katil pesakit.



Semua pelawat mesti menunjukkan bukti ujian pantas antigen (ART) negatif yang diambil 24 jam sebelum lawatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >