Lawatan ke rumah jagaan digantung selama sebulan mulai Isnin sedang kes Covid-19 meningkat, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Lawatan ke rumah jagaan digantung selama sebulan mulai Isnin sedang kes Covid-19 meningkat

Sep 12, 2021 | 05:35 PM

SEMUA lawatan ke rumah jagaan akan digantung selama sebulan mulai Isnin (13 Sep), sebagai langkah tambahan untuk mengurangkan penularan Covid-19 di tempat itu, umum Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad (12 Sep).
Kementerian itu mengatakan langkah penggantungan lawatan sehingga 11 Oktober itu akan memberi masa untuk mendorong lebih ramai warga emas yang tidak divaksinasi untuk mendapatkan vaksin, di samping memulakan program penggalak vaksin bagi penghuni di kemudahan penjagaan warga emas di sini.

“Kami juga akan memperkukuh proses pengujian buat kedua-dua kakitangan dan penghuni kemudahan penjagaan warga emas, dan akan menggunakan Ujian Pantas Antigen (ART) secara lebih kerap untuk melengkapi pengujian pengawasan sedia ada ini dalam keadaan sekarang,” kata MOH.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu mengatakan terdapat 42 kes di 18 kemudahan atau penyedia penjagaan warga emas dalam tempoh dua minggu lalu.

“Dengan jumlah kes yang dijangka terus meningkat dalam beberapa minggu mendatang, kita perlu mengambil tindakan lanjut untuk melindungi warga emas yang lebih berisiko dalam keadaan kini,” kata MOH.
 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map