Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawatan ke rumah penjagaan warga emas di S'pura digantung dari 5 hingga 20 Jun

Jun 04, 2021 | 08:19 PM



PELAWAT tidak dibenarkan ke rumah penjagaan warga emas dari Sabtu (5 Jun) hingga 20 Jun, memandangkan kes Covid-19 dalam masyarakat yang berlaku kini.


Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat berkata larangan sementara itu adalah untuk "mengurangkan risiko mengimport Covid-19 ke dalam sekitaran sedemikian, dan risiko penyebaran silang".


"Kami akan bekerjasama dengan rumah-rumah penjagaan untuk mengukuhkan langkah berjaga-jaga di dalam rumah-rumah itu, untuk membantu rumah-rumah menyambung lawatan fizikal dengan selamat," tambahnya.


Ini termasuk mengkaji semula pengurusan pelawat dan dasar pengujian di rumah penjagaan.

Sekatan terbaru itu berikutan penemuan kelompok Covid-19 di MINDSville@Napiri. Hingga tengah hari Khamis, kelompok di rumah dewasa kurang upaya di Hougang itu mempunyai 27 kes.


Lawatan ke rumah penjagaan warga emas telah disambung tahun lalu pada 19 Jun, setelah digantung selama hampir tiga bulan setelah satu kelompok jangkitan Covid-19 muncul di Rumah Warga Emas Lee Ah Mooi, diikuti oleh satu lagi kelompok dengan 15 kes di Acacia Home - sebuah rumah kebajikan di Admiralty untuk golongan miskin. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >