Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawatan Muhyiddin ke S’pura ditunda dek kenaikan kes Covid-19

May 02, 2021 | 06:18 PM



RANCANGAN bagi Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melawat Singapura dan menemui Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah ditunda disebabkan kenaikan kes Covid-19 di kededua negara.


Mengumumkannya pada Ahad (2 Mei), Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata mesyuarat antara kededua pemimpin itu, yang sebelum ini dijadual Isnin (3 Mei), bertujuan untuk membincangkan tentang usaha menyambung semula perjalanan rentas sempadan.


Namun, situasi Covid-19 di kededua negara kini tidak menyediakan ‘suasana yang wajar’ untuk membincangkan ini, kata mereka.


Singapura telah memperketat langkah disebabkan kenaikan dalam kes dalam masyarakat dan kelompok baru yang timbul sepanjang minggu lalu, manakala Malaysia telah mengumumkan akan menyemak protokol Covid-19 menyusuli kenaikan dalam kes sepanjang dua minggu lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >