Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawatan percuma ke Kepulauan Selatan S'pura sempena Bicentenial

May 26, 2019 | 05:30 AM



LAWATAN sehari percuma di kepulauan Selatan akan dianjurkan bagi orang awam pada Jun hingga September ini.



Menurut Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC), lawatan warisan berpandu itu adalah sebahagian daripada kegiatan SDC untuk meraikan sambutan bicentenial Singapura, dan bertujuan memberi pandangan yang mendalam mengenai sejarah Selat Singapura dan Kepulauan Selatan, kata seorang jurucakap.



"Para peserta akan kembali ke masa lampau untuk lihat di mana Sir Stamford Raffles pertama kali melabuhkan kapalnya sebelum kapal yang lain mendekati pulau utama Singapura, dengar kisah di sebalik kubu Sentosa dan banyak lagi," kata SDC.



Program tersebut termasuk lawatan berjalan kaki ke Sentosa, pulau terbesar Kepulauan Selatan, diikuti dengan perjalanan feri dari One Degree 15 Marina Sentosa Cove ke Pulau Kusu, St John's (Pulau Sekijang Bendera) dan Lazarus.



Terdapat empat lawatan yang dijadualkan pada 29 Jun, 9 Ogos, 10 Ogos dan 7 September, masing-masing mampu menampung 80 peserta.



Butiran mengenai pendaftaran akan disediakan di laman web dan Facebook Sentosa pada masa akan datang. Menurut SDC, pihaknya akan meninjau sambutan awam sebelum membuat keputusan untuk rancangan jangka panjang bagi lawatan tersebut.



Kepulauan Selatan Singapura amat popular di kalangan pelawat oleh kerana alam semula jadinya yang tidak tercemar.



Terdapat khidmat feri berjadual dari Marina South Pier ke pulau St John's dan pulau Kusu setiap hari. Manakala pulau-pulau yang lain hanya mempunyai khidmat bot sewa.



Beberapa pulau itu ditutup kepada awam tahun lepas setelah serpihan yang mengandui asbestos - mineral yang pernah digunakan untuk bahan pembinaan yang dikaitkan dengan masalah kesihatan - dijumpai.



Walaupun pihak berkuasa telah menyatakan bahawa pendedahan jangka pendek kepada asbestos tidak memudaratkan, mereka telah menutup beberapa kawasan yang terjejas untuk kerja pelupusan buat beberapa bulan.



Menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), yang mengurus Kepulauan Selatan, Pulau St John's dan Pulau Hantu telah pun dibersihkan daripada kesan asbestos dan akan dibuka semula kepada orang ramai sepenuhnya.



Lima tempat perkhemahan Pulau St John's akan dibuka semula pada 1 Jun, setelah kerja menaik taraf dan penyelenggaraan selesai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >