Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawatan perkenalan Menteri Luar Jordan ke Singapura

Nov 10, 2018 | 04:44 PM



MENTERI Luar dan Ekspatriat Jordan, Encik Ayman Safadi, telah mengadakan lawatan perkenalan ke Singapura baru-baru ini.



Semasa kunjungannya ke sini pada 7 dan 8 November lalu, Encik Safadi telah bertemu dengan Presiden Halimah Yacob dan Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean.



Kedua-dua Puan Halimah dan Encik Teo yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara mengesahkan lagi hubungan baik antara Singapura dengan Jordan, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.



Puan Halimah turut menghargai usaha Raja Abdullah II ibn Al Hussein menggalak keharmonian antara agama dan kesederhanaan dalam agama.



Sementara itu, Encik Teo dan Encik Safadi pula bertukar pandangan tentang isu keselamatan serantau dan mengukuhkan kerjasama dua hala.



Encik Safadi turut dijamu makan tengah hari oleh Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan. Mereka juga berbincang tentang pelbagai perkara termasuk perkembangan serantau dan antarabangsa serta mengesahkan lagi komitmen meningkatkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan.



Dalam pada itu, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menjamu Encik Safadi sarapan dan mereka berbincang tentang usaha bekerjasama dalam bidang makanan, air dan pendidikan Islam.



Encik Masagos yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam serta Encik Safadi memberi sokongan bagi perbincangan yang sedang dijalankan tentang kerjasama antara Universiti Jordan dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk membangunkan bersama satu program pensijilan possiswazah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >