Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Lawatan rasmi Encik Gan ke Batam dan Bintan perkukuh kerjasama ekonomi dua hala

Oct 14, 2022 | 07:39 PM



MENTERI Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, telah mengadakan lawatan dua hari ke Batam dan Bintan di Indonesia yang berakhir Jumaat (14 Okt).



Semasa lawatan itu, beliau telah bertemu dengan Gabenor Provinsi Kepulauan Riau (Kepri), Encik Ansar Ahmad, dan Datuk Bandar Batam, Encik Muhammad Rudi, di mana mereka mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama ekonomi dua hala bagi mencapai hasil yang menguntungkan kedua-dua pihak.


Encik Gan telah mengunjungi beberapa estet perindustrian di Batam dan Bintan, termasuk Taman Digital Nongsa, Estet Perindustrian Kabil dan Estet Perindustrian Bintan, di mana beliau menemui wakil perniagaan daripada sektor pembinaan, pengilangan, kejuruteraan digital, marin dan luar pesisir, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam kenyataannya.


Encik Gan juga mengunjungi Estet Perindustrian Bersepadu Kabil di Batam dan Estet Perindustrian Bintan, di mana beberapa syarikat berpangkalan di Singapura terletak, termasuk Anmon Resorts, Sembcorp Marine, Giken Sakata, serta Esco, yang terkenal dengan pengkhususan dalam pembikinan. peralatan perubatan.


Beliau membincangkan kesan Covid-19 terhadap ekonomi Indonesia dan perniagaan Singapura di sana. Beliau berkata di tengah-tengah cabaran itu, syarikat Singapura terus menunjukkan prestasi yang baik di Bintan dan Batam.


“Singapura, Bintan, dan Batam adalah jiran rapat yang berkongsi jarak geografi dan perhubungan yang kukuh. Ini telah membuka jalan kepada hubungan ekonomi yang sangat baik di rantau kita, seperti yang ditunjukkan oleh perkongsian yang dipercayai dan kerjasama ekonomi yang cergas antara rakyat dan perniagaan kita,” kata Encik Gan.


Banyak syarikat Singapura juga telah mewujudkan kehadiran di Bintan dan/atau Batam, dan terus menunjukkan minat yang mendalam untuk meneroka peluang di rantau ini, menurut kenyataan itu.


Tahun lalu, Indonesia merupakan rakan dagangan keenam terbesar Singapura, dengan perdagangan barangan dua hala mencecah $59.1 bilion tahun lalu, satu peningkatan 21 peratus daripada tahun sebelumnya.


Singapura juga secara konsisten menjadi sumber utama Pelaburan Langsung Asing (FDI) Indonesia sejak 2014, kata MTI.



Tahun lalu, jumlah nilai pelaburan Singapura di Indonesia berjumlah $9.4 bilion, menyumbang 14.9 peratus kepada jumlah FDI Indonesia. Singapura juga merupakan pelabur asing terkumpul terbesar di Kepri, dengan 5,226 projek dan $9.1 bilion dalam FDI dari 1990 hingga kini. Ini terutamanya dalam industri logam dan peralatan; hotel dan restoran; perumahan, taman perindustrian, dan pejabat; dan sektor elektronik, marin dan limbungan kapal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >