Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawatan rasmi tanda Amerika beri penekanan pada Asia, bukan S'pura saja: PM Lee

Aug 04, 2016 | 10:47 AM



WASHINGTON: Sambutan mesra dan jamuan malam negara yang Singapura terima di Washington mencerminkan penekanan yang Amerika Syarikat letak pada Asia, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Beliau memberitahu wartawan bahawa Singapura melihat lawatan itu lebih daripada setakat satu petunjuk hubungan kukuh antara Singapura dan Amerika sahaja.



"Secara kebetulan kita yang dijemput, namun ia bukan hanya kerana mereka rakan Singapura, tetapi Singapura berada di Asia Pasifik dan Amerika menghargai Asia Pasifik, dan menghargai semua rakan-rakannya di Asia Pasifik.



"Saya rasa itulah bagaimana ia harus dilihat, dan itulah bagaimana kita di Singapura melihatnya," kata Encik Lee pada Rabu (3 Ogos, pagi Khamis waktu Singapura) kepada media Singapura dalam satu temu bual pada akhir lawatan rasmi beliau ke Amerika.



Keputusan Rumah Putih memberi Singapura penghormatan majlis jamuan malam negara yang jarang diberi menarik minat dalam kalangan media Singapura, dengan media seperti CNBC menyiarkan artikel yang menerangkan bagaimana sebuah negara kecil seperti Singapura dipilih.



Singapura negara Asia Tenggara pertama diberi penghormatan itu.



Dalam temu bual dengan akhbar The Straits Times menjelang lawatan Encik Lee ke Rumah Putih, Presiden Barack Obama juga membayangkan peri penting acara itu, melihat pada dasar lebih besar pentadbirannya berhubung Asia.



Encik Obama berkata lawatan itu mencerminkan peranan penting yang Singapura mainkan dalam usaha pentadbiran beliau mengimbangi semula Asia, sambil menambah beliau menganggap Singapura sebagai sauh bagi kehadiran Amerika di rantau Asia.



Pada Rabu, Encik Lee juga memberitahu pemberita beliau gembira Encik Obama terus komited pada perjanjian perdagangan bebas Perkongsian Rentas Pasifik (TPP) walaupun terdapat masalah politik.



"Satu ingatan jelas mengenai beliau bagi saya ialah setiap kali kami mempunyai mesyuarat Apec (Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik), beliau akan mengejar kemajuan TPP dan mendesak para pemimpin supaya bergerak lebih pantas dalam usaha memuktamadkan TPP.



"Dan setiap kali kami mempunyai perhimpunan anggota TPP, kami mengadakannya di Jepun, Hawaii, dan di setiap mesyuarat seterusnya, dan setiap kali beliau secara peribadi mendesak, dan komited sepenuhnya," kata Encik Lee.



"Dan di sini, di tengah-tengah kempen pilihan raya, sibuk dengan isu-isu domestik dan banyak perkara lain, dan melihat penghujung penggal beliau, beliau masih berusaha keras untuk TPP, untuk menyelesaikan beberapa langkah terakhir dan memastikan ia disahkan di Amerika, dan menjadi kenyataan."



Encik Lee berkata Singapura akan melakukan apa yang boleh untuk membantu menyokong perjanjian itu.



Mengenai hubungan Singapura-Amerika lebih luas, Encik Lee berkata ia berjalan dengan licin tetapi beliau juga mahu memastikan hubungan dapat dikekalkan pada masa depan.



"Saya rasa ada banyak perkara baik berlaku, dan kita perlu mengambil langkah demi langkah, tetapi pada masa sama dapat mengekalkannya ke generasi pemimpin akan datang, yang merupakan antara sebab dalam lawatan ini saya membawa beberapa Anggota Parlimen muda dan menteri muda," ujarnya.



Ahli delegasi Singapura termasuk Menteri Luar Vivian Balakrishnan, Menteri Perusahaan S. Iswaran, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing, Pemangku Menteri Pendidikan Ong Ye Kung, dan Anggota Parlimen Christopher De Souza serta Rahayu Mahzam.



Encik Lee turut ditanya mengenai keadaan mantan presiden S R Nathan.



Beliau berkata: "Saya tidak mempunyai maklumat terkini, tetapi saya fikir keadaan beliau mantap, saya bercakap dengan anak perempuan beliau dan Cik Nathan apabila saya tiba di sini di Washington, untuk menyatakan kebimbangan saya dan mengucapkan selamat, dan beliau serta keluarga beliau masih dalam ingatan dan doa kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >