Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawrence: Ada potensi kerjasama Indo-S'pura dalam ekonomi hijau

May 21, 2022 | 05:30 AM



TERDAPAT peluang bekerjasama bagi Singapura dan Indonesia dalam pelbagai aspek, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Dalam temu ramah penutup lawatannya ke Indonesia, Encik Wong berkata terdapat potensi kerjasama antara kedua-dua negara misalnya dalam ekonomi hijau atau bidang kewangan hijau.



Menyentuh cabaran yang dihadapi semua negara dalam kedua-dua bidang ini, beliau menegaskan Singapura dan Indonesia berazam mempercepat peralihan hijau.



"Indonesia mempunyai lebih banyak peluang untuk berbuat demikian kerana ia mempunyai keupayaan untuk memulakan lebih banyak projek tenaga yang boleh diperbaharui dan lebih skala untuk melakukannya berbanding Singapura.



"Ia juga mempunyai peluang untuk melakukan projek mitigasi karbon berasaskan alam semula jadi, yang tidak begitu mungkin kita lakukan atau sekurang-kurangnya kita tidak akan dapat melakukan pada skala yang sama seperti di Indonesia.



"Jadi sudah tentu ada peluang untuk kita bekerjasama dalam beberapa projek ini, sama ada pembiayaan projek-projek ini ataupun untuk bekerjasama dalam projek sebenar di Indonesia dan pastinya, terdapat syarikat, perniagaan dan pelabur yang berminat dalam ruang ini, dan yang akan berminat untuk bekerjasama dengan rakan kongsi Indonesia dalam projek tersebut," ujar Encik Wong.



Peluang serupa juga tersedia dalam ekonomi digital, tambahnya.



Beliau turut berkata, bahawa Singapura boleh melihat lebih daripada hanya Batam, Bintan dan Karimun untuk peluang kerjasama dan pelaburan.



Misalnya, kawasan lain di Indonesia seperti Jawa Tengah dan Kendal boleh diteroka kerana terdapat banyak peluang dalam sektor-sektor baru di sana.



"Kita lebih terbiasa dengan pelaburan dan kerjasama dalam sektor ekonomi yang lebih tradisional seperti pembuatan dan infrastruktur, tetapi kita boleh meneroka bidang baru, termasuk dalam ekonomi digital dan ekonomi hijau dan terdapat banyak peluang di sana.



"Pada masa yang sama, dari segi hubungan antara penduduk, kita pastinya boleh melakukan lebih banyak lagi untuk menggalakkan pertukaran terutamanya dalam kalangan pelajar dan anak muda kita.



"Malangnya, sukar untuk melakukan ini dalam dua tahun kebelakangan ini kerana pandemik Covid-19.



"Namun, memandangkan sempadan dibuka dan penerbangan telah disambung semula, kami pasti mahu menyambung semula pertukaran ini," kata Encik Wong.



Beliau berada di Indonesia untuk bertemu beberapa pemimpin utama negara tersebut untuk meneguhkan lagi hubungan baik antara kedua-dua negara dan meneroka bidang pertumbuhan baru sedang rantau ini pulih daripada pandemik Covid-19.



Beliau telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Encik Airlangga Hartarto; Menteri Penyelaras Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan, Encik Luhut Pandjaitan; Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Encik Sandiaga Uno, dan Gabenor Jawa Tengah, Encik Ganjar Pranowo, antara lainnya.




"Kita lebih terbiasa dengan pelaburan dan kerjasama dalam sektor ekonomi yang lebih tradisional seperti pembuatan dan infrastruktur, tetapi kita boleh meneroka bidang baru, termasuk dalam ekonomi digital dan ekonomi hijau dan terdapat banyak peluang di sana."
- Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >