Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawrence: Belanjawan bakal beri sokongan tambahan bagi sektor terjejas

Feb 03, 2022 | 04:58 PM



BELANJAWAN negara akan datang bakal menawarkan sokongan tambahan bagi sektor industri yang terus menghadapi kesukaran, menurut Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Dalam pada itu, penggubah dasar juga kini merancang bagi era pascapandemik, katanya dalam ucapan semasa acara Spring Reception 2022 pada Khamis (3 Feb).



Singapura bukan sahaja menghadapi cabaran pandemik Covid-19, tetapi juga ketidaktentuan lain seperti cabaran ekonomi dan geopolitik, tambahnya.



“Kita perlu memandang ke hadapan dan memberi tumpuan kepada langkah yang boleh meletakkan Singapura dalam kedudukan yang lebih kukuh dalam dunia pascapandemik ini,” katanya.



Selain bergerak ke hadapan dengan transformasi ekonomi, beliau juga menekankan bahawa Singapura “meletakkan matlamat untuk membentuk negara yang lebih adil, inklusif, dan hijau bagi warga Singapura kini dan generasi seterusnya”.



Encik Wong yang bakal mengumumkan belanjawan pada 18 Februari nanti, berkata demikian dalam ucapannya semasa acara yang dianjurkan bersama Persatuan Suku Kaum Cina dan Pusat Kebudayaan Cina Singapura semasa tempoh Tahun Baru Cina.



Beliau berkata belanjawan ini berlangsung di tengah-tengah pemulihan ekonomi yang kukuh dan stabil, namun “beberapa sektor masih terus menghadapi kesukaran” dan akan diberikan sokongan tambahan dalam Belanjawan nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >