Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawrence bentang Belanjawan 2022 di Parlimen pada 18 Feb

Dec 31, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan membentangkan Belanjawan Negara 2022 di Parlimen pada 18 Februari tahun depan.



Pembentangan belanjawan 2022 itu akan disiarkan secara langsung melalui televisyen, radio dan laman web Belanjawan Singapura, umum Kementerian Kewangan (MOF) semalam.



Kenyataan penuh belanjawan 2022 akan diterbitkan di laman itu selepas ia dibentangkan.



Menurut MOF, orang ramai boleh mendapatkan kemas kini masa nyata pengumuman utama belanjawan menerusi akaun Facebook dan Twitter MOF.



"Kami terus mengalu-alukan pandangan dan saranan anda bagi Belanjawan 2022. Kami berterima kasih kepada rakyat Singapura kerana memberi pandangan mereka, baik dalam talian melalui laman mikro Belanjawan 2022 REACH mahupun kios maklum balas elektronik e-LP (tinjauan dalam talian)," ujar MOF.



Maklum balas boleh diberi hingga 17 Januari 2022, melalui laman web REACH.



MOF juga sedang bekerjasama dengan Persatuan Rakyat (PA) dan pertubuhan akar umbi melalui wadah dalam talian Ask Kopi Kakis #shareyourviews untuk mendapatkan pandangan dan saranan orang ramai.



Justeru, orang ramai boleh memberi maklum balas melalui laman rasmi Belanjawan, laman Belanjawan REACH, Facebook serta Instagram unit maklum balas pemerintah itu.



"Kami terus mengalak rakyat Singapura berkongsi pandangan dan saranan tentang isu-isu relevan dengan Belanjawan 2022," tambah MOF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >