Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Lawrence: MTF sedang pertimbang skop pembukaan semula di tengah-tengah peningkatan kes Covid-19

Jun 16, 2021 | 05:08 PM



PASUKAN Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) sedang menilai semula masa dan skop tahap kedua pembukaan ekonomi negara, sedang Singapura melihat kemunculan kelompok besar baru di Bukit Merah serta peningkatan bilangan kes Covid-19, kata Menteri Kewangan Lawrence Wong.



Dalam satu kiriman di media sosial, Encik Wong, yang juga pengerusi bersama MTF berkata, Singapura kini berada di tahap pertama pembukaan semulanya berikutan Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat), dengan tahap seterusnya dijangka berlaku pada 21 Jun ini di mana orang ramai bakal dibolehkan makan di luar.



"Malangnya, kita lihat kes-kes baru timbul dan kelompok besar baru di Bukit Merah.



"Oleh itu, kami sedang mempertimbangkan semula masa dan skop tahap seterusnya pembukaan semula.



"MTF sedang mengkaji situasi ini dengan teliti dengan pakar kesihatan awam dan akan memberikan sebarang kemas kini dalam waktu terdekat," tulis Encik Wong.



Pasar dan Pusat Makan Bukit Merah View telah ditutup sehingga 26 Jun setelah 25 kes dikaitkan dengan tempat tersebut sehingga semalam.



Tambah Encik Wong: "Hari demi hari kita lihat bilangan kes tidak berkait - kes-kes kryptik dalam masyarakat - mungkin bakal meningkat."



Beliau akur ini tempoh sukar bagi masyarakat di sini dan menekankan bahawa pemerintah sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan tidak akan berlaku satu lagi peningkatan teruk dalam bilangan kes Covid-19 sebelum negara ini mencapai tahap vaksinasi tinggi dalam kalangan masyarakat. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >