Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawrence: SG jaya tarik pelaburan lebih $17b meski dalam tempoh pandemik

Aug 21, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA berjaya menarik lebih $17 bilion dalam bentuk pelaburan meskipun dalam keadaan pandemik tahun lalu, dan ini merupakan jumlah tertinggi dalam tempoh sedekad, kata Menteri Kewangan Lawrence Wong.



Selaras dengan itu, langkah membuka sempadan dan ekonomi Singapura tertumpu kepada usaha mengekalkannya sebagai hab perniagaan serta untuk kekal terhubung dengan negara-negara seluruh dunia.



Menekankan demikian dalam temu ramah dengan BBC, Encik Wong berkata dengan falsafah yang meletakkan nilai tinggi terhadap kestabilan dan keselamatan, negara ini telah mengambil pendekatan yang cukup berjaga-jaga sejauh ini.



"Kita terus kekal terbuka untuk menyambut bakat, pelaburan dan juga akan terus melakukan demikian kerana ini penting untuk memastikan Singapura dapat bertahan dan makmur sebagai sebuah negara," kata Encik Wong.



Kelmarin, Singapura mengumumkan bahawa sempadan akan dibuka secara sepihak bagi orang yang divaksin dari beberapa negara, bermula dengan Jerman dan Brunei.



Sekatan sempadan juga akan dilonggarkan bagi orang dari Hong Kong dan Macau, bermula Sabtu ini.



Ia sebahagian langkah negara membuka sempadan secara berperingkat semasa pandemik ini.



Dalam satu kiriman Facebook menyusuli temu ramah itu, Encik Wong berkata: "Perniagaan sedar mereka akan menikmati pentadbiran yang baik di sini, serta perpaduan sosial yang kukuh di mana kita akan bersatu dalam menghadapi cabaran... Kita akan terus menyesuaikan dasar, untuk mengukuhkan kepercayaan orang ramai terhadap globalisasi, mengukuhkan kompak sosial dan menambah sokongan untuk ekonomi yang terbuka dan dinamik."



Tambahnya, Singapura tidak akan mengambil remeh keyakinan yang telah diletakkan orang ramai dan juga perniagaan ke atasnya.



"Kira akan terus mempertingkat keterhubungan dan kekuatan kita, memperhalusi nilai sebagai sebuah hab, dan memastikan pekerjaan dan peluang yang baik bagi semua warga Singapura," menurut kiriman pos itu lagi.



Dalam temu ramahnya dengan wartawan BBC Katie Silver semalam, Encik Wong menekankan, Singapura "bukan New York atau London" - bandar yang telah memilih untuk kembali membuka perniagaan seperti biasa sementara menghadapi ribuan kes jangkitan sehari.



"Sebanyak mana kita ingin teruskan kehidupan seperti biasa dan kita cuba sedaya upaya untuk melakukan demikian, kita juga ingin memastikan kita dapat mengekalkan jumlah kes di hospital dan ICU rendah, dan terus memastikan sistem hospital kita dapat bertahan dan kita dapat melangkah ke akhir pandemik ini dengan jumlah kematian yang rendah dan kerosakan yang minimum terhadap masyarakat kita," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >