Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawrence: SG terus main peranan perangi pengubahan wang haram, biaya pengganasan

Apr 23, 2022 | 05:43 PM



SINGAPURA akan terus memainkan peranannya dalam perjuangan sejagat memerangi pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas bersama-sama anggota Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF), kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.

Beliau menghadiri Mesyuarat Menteri FATF, sebuah badan pemerhati pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas sejagat, di Washington, pada Khamis lalu.(21 Apr)





Encik Wong, yang berada di Amerika Syarikat dari 16 April hingga esok (25 April), berkata dalam satu catatan Facebook semalam (23 Apr) bahawa beliau juga bertemu dengan pemimpin lain seperti presiden FATF, Dr Marcus Pleyer; Timbalan Perdana Canada yang juga Menteri Kewangan,Cik Chrystia Freeland; dan Canselor Perbendaharaan Britain, Encik Rishi Sunak.

Encik Wong menghadiri mesyuarat peringkat menteri itu dengan Encik T. Raja Kumar, yang telah berkhidmat sebagai Penasihat Kanan (Antarabangsa) di Kementerian Ehwal Dalam Negeri sejak 2015, dan merupakan ketua delegasi Singapura ke FATF sekarang.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >