Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong sertai acara buka puasa di Masjid Alkaff Upper Serangoon

Apr 04, 2023 | 08:39 PM



TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong telah menyertai satu acara berbuka puasa dengan masyarakat Melayu/ Islam di Masjid Alkaff Upper Serangoon pada  4 April.



Ini merupakan kali pertama Encik Wong menghadiri acara rasmi berbuka puasa di masjid sejak menggalas tugas sebagai DPM.



Encik Wong tiba di masjid tersebut sekitar 6.25 petang dan disambut Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Saat Abdul Rahman, dan Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen.



Beliau kemudian dibawa di sekitar masjid dan telah singgah ke Tembok Warisan yang memaparkan sejarah Masjid Alkaff Upper Serangoon dan  keluarga Alkaff.



Encik Wong juga sempat berinteraksi dengan sukarelawan wanita dan belia di masjid itu, sebelum ditunjukkan Quran braille di ruang solat utama masjid. 



Seramai 300 jemaah dan rakan masjid berbilang agama dan bangsa turut serta dalam acara berbuka puasa pada Selasa.



Beberapa anggota parlimen (AP) Melayu turut hadir. Mereka termasuk Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad; Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam; AP GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat; AP GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah; AP GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Shahrael Taha dan AP GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >