Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN MENTERI LAWRENCE WONG KE AS

Lawrence Wong hadiri Mesyuarat Menteri Kewangan, Gabenor Bank Pusat G20

Apr 22, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Kewangan, Encik Lawrence Wong, menghadiri Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat (FMCBG) G20 kedua dan juga bertemu dengan beberapa pemimpin antarabangsa di Washington kelmarin.



Dalam pertemuannya dengan menteri kewangan negara lain itu, mereka berbincang dan bersetuju akan perlunya menyelaras dasar fiskal dan kewangan untuk memelihara kestabilan kewangan sedunia ketika ini.



"Namun lebih daripada krisis sekarang, kami juga berbincang tentang pentingnya isu jangka panjang seperti memperkukuh persiapan dan respons pandemik sejagat serta menangani perubahan iklim," ujar Encik Wong menerusi laman Facebook beliau.



Encik Wong yang akan berada di Amerika hingga 25 April berkata mereka bertemu dalam suasana luar biasa.



Menurutnya, dunia kini berdepan dengan ancaman berbilang krisis.



"Kita tidak mampu mengambil pendekatan khusus bagi setiap negara. Kita memerlukan kerjasama berbilang hala yang lebih kukuh untuk pulih bersama dan lebih teguh," katanya.



Encik Wong juga bertemu dengan menteri kewangan Indonesia, Cik Sri Mulyani Indrawati, yang mempengerusikan mesyuarat tersebut dan mengucapkan tahniah kepada Indonesia kerana telah selesai menjalankan tugas sebagai Presiden G20 bagi 2022 dengan jaya.



Beliau juga telah bertemu dengan beberapa menteri kewangan lain dari Asia-Pasifik dan rantau lain termasuk Malaysia, India, Jepun, Filipina, Luxembourg, Turkey dan Brazil.



Sebelum itu, beliau juga telah bertemu dengan pengarah urusan Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC), Encik Makhtar Diop, dan berbincang tentang peluang kerjasama baru menjelang sidang perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), COP27, yang akan diadakan di Mesir November ini.



Mereka juga berbincang tentang kerjasama dalam bidang agroteknologi, inovasi digital dan pembiayaan mampan, kata Encik Wong menerusi laman Facebook beliau kelmarin.



IFC merupakan anggota Kumpulan Bank Dunia dan menggalak pertumbuhan sektor privet di negara yang sedang membangun dengan mewujudkan pasaran baru, mempersiap pelabur lain dan berkongsi kepakaran.



Menerusi laman Twitter beliau, Encik Diop berkata pertemuan itu merupakan peluang baik untuk membincang usaha memperluas pelaburan Selatan-Selatan dan mempersiap lebih banyak pembiayaan bagi keutamaan pembangunan.



Encik Wong berkata mereka juga bercakap tentang hobi mereka, dengan Encik Wong gemar bermain gitar manakala Encik Diop suka bermain bes.



"(Saya) mungkin akan menunjukkan beliau dunia jaz kita apabila beliau datang ke Singapura lain kali," tambahnya.



Encik Wong juga baru-baru ini diumumkan sebagai pemimpin pasukan generasi keempat Parti Tindakan Rakyat (PAP) minggu lalu, yang membuka laluan bagi beliau menjadi perdana menteri Singapura seterusnya.



Dalam lawatannya ke Amerika itu, Encik Wong juga telah bertemu dengan pengerusi Rizab Persekutuan, Encik Jerome Powell, dan mereka mengadakan perbincangan spontan tentang ramalan bagi ekonomi Amerika, masa hadapan kewangan digital dan pembayaran rentas sempadan.



Encik Wong turut bertemu dengan Timbalan Setiausaha Perbendaharaan, Encik Wally Adeyemo; Kaunselor kepada Setiausaha Ehwal Antarabangsa, Encik David Lipton; serta pasukan Perbendaharaan.



Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Ravi Menon, turut hadir di mesyuarat tersebut.



Mereka bertukar pandangan tentang kerjasama pelbagai hala, ekonomi sedunia dan bidang kerjasama baru termasuk Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik, ujar Encik Wong.



Dalam pada itu, Encik Adeyemo juga mengucapkan tahniah kepada Singapura kerana mengambil alih sebagai presiden Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) dan melahirkan sokongan bagi keutamaannya.




“Namun lebih daripada krisis sekarang, kami juga berbincang tentang pentingnya isu jangka panjang seperti memperkukuh persiapan dan respons pandemik sejagat serta menangani perubahan iklim...Kita tidak mampu mengambil pendekatan khusus bagi setiap negara. Kita memerlukan kerjasama berbilang hala yang lebih kukuh untuk pulih bersama dan lebih teguh.” katanya.
- Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >