Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawrence Wong: Kenaikan gaji tidak dapat dielakkan, namun tidak boleh ketepikan penghasilan

Sep 29, 2022 | 08:30 AM



PASARAN buruh yang ketat bermakna kenaikan gaji tidak dapat dielakkan sedang majikan berusaha mengisi jawatan, namun Singapura perlu terus memastikan bahawa kenaikan pendapatan sejajar dengan penghasilan.



Sekiranya gagal berbuat demikian ia boleh memberi kesan kepada "harga gaji yang tidak stabil, di mana gaji yang lebih  tinggi bermakna kenaikan tinggi pada harga", kata Timbalan Perdana Menteri Encik Lawrence Wong.



Berucap di majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-50 Majlis Gaji Kebangsaan (NWC), Encik Wong menekankan bahawa Singapura berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti inflasi yang kian meningkat, globalisasi yang berkurangan dan kebimbangan akan tanda potensi rentak ekonomi yang perlahan di serata ekonomi besar seperti Amerika Syarikat, Eropah dan China.



Dalam persekitaran sebegini, Singapura akan kehilangan persaingan sejagatnya sekiranya gaji naik dengan terlalu pantas, kata beliau.



"Ini akan menjejas kededua majikan dan pekerja, dan pekerja yang paling terdedah yang akhirnya akan mengalami kesannya sekiranya syarikat tidak mampu mengekalkan syarikat mereka sendiri.



Lantas, NWC, katanya mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam menyatukan rakan-rakannya bersama untuk menegakkan keadilan, sifat inklusif dan pertumbuhan yang mampan buat semua, kata Encik Wong yang juga Menteri Kewangan.



Beliau akur bahawa NWC yang terdiri daripada perwakilan majikan, pekerja dan pemerintah - ditubuhkan  pada 1972 di bawah persekitaran yang serupa.



Pada masa itu, pertumbuhan pesat Singapura serta kekurangan pekerja mendedahkan kepada risiko sebenar bahawa gaji akan naik di luar kawalan, menghambat kemajuan yang telah dibuat dalam menarik pelabur asing.



Saranan tahunan NWC telah memastikan bahawa gaji bergerak sejajar dengan penghasilan dan kelakonan ekonomi, kata Encik Wong.



"Pada masa-masa baik, NWC menyatukan majikan dan kesatuan sekerja untuk memastikan hasil pertumbuhan dikongsi semua, dengan memberikan kenaikan gaji dan bayaran berubah-ubah yang lebih tinggi kepada pekerja.



"Masa krisis atau kemelesetan melanda, NWC bertindak pantas untuk membentangkan saranan dan langkah untuk menyelamatkan pekerjaan," katanya lagi sambil menambah bahawa pendekatan pakatan tiga pihak telah mengukuhkan kepercayaan dalam kalangan semua pemegang taruhan.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >