Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES PELAJAR DIJANGKITI COVID-19

Lawrence Wong: Langkah jaga-jaga masih diperlukan

Jan 05, 2021 | 05:30 AM



DUA pelajar yang diuji positif untuk Covid-19 baru-baru ini adalah peringatan bahawa langkah berjaga-jaga masih diperlukan.



Mengatakan demikian sewaktu hari pertama sekolah dibuka semula, Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong berkata kelompok boleh timbul dengan mudah sekiranya kes-kes itu berlaku di luar cuti sekolah di mana terdapat lebih banyak kontak dan percampuran.



Dua pelajar dari Sekolah Perempuan Raffles sebelum ini diuji positif Covid-19.



"Walau dalam fasa ketiga, kita mengekalkan semua langkah pengurusan selamat yang diperlukan di seluruh sekolah kita," kata Encik Wong sambil merujuk kepada pemeriksaan kesihatan di pintu masuk sekolah, memakai pelitup serta aturan tempat duduk berjarak di bilik darjah yang dilihat Berita Harian.



Encik Wong berkata demikian kepada media setelah lawatan ke Sekolah Rendah Waterway di Punggol pada hari pertama sekolah semalam.



Di peringkat sekolah rendah, hanya pelajar Tadika Satu (K1) dan Darjah Satu (P1) datang ke sekolah.



Menurut Encik Wong, terdapat sekitar 3,500 murid K1 dan hampir 40,000 murid P1 di seluruh Singapura.



Aturan khas ini membolehkan tumpuan untuk diberikan kepada murid yang langkah masuk ke sekolah buat kali pertama.



Dalam pada itu, guru daripada semua peringkat berbeza dapat sama-sama turut menyokong dan mendekati ibu bapa serta murid lebih-lebih lagi dengan langkah pengurusan selamat yang diperlukan, tambahnya.



Hanya seorang sahaja - ibu, bapa atau waris - dibenarkan menemani pelajar K1 atau P1 di sekolah.



Pelajar Tadika Dua (K2) dan pelajar Darjah Dua (P2) hingga Darjah Enam (P6) mula sekolah hari ini.



Sekolah Pendidikan Khas (Sped) serta sekolah menengah juga dibuka semalam, sementara maktab rendah (JC) dan Institut Millennia (MI) akan mula pada 11 Januari.



Encik Wong berkata perlu untuk memastikan sekolah boleh dibuka dan selamat, dan pembelajaran dapat diteruskan sepanjang tahun.



"Kita sudah melihat banyak gangguan kepada kehidupan sekolah di banyak negara lain tahun lalu, malahan kini, berterusan di banyak tempat di mana sekolah terus tutup.



"Kami tidak mahu itu berlaku di Singapura dan kami bertekad memastikan pelajar kita boleh terus belajar, dan menikmati pembelajaran di sekolah kita dalam cara yang selamat dan mampan," ujarnya.



Bagi ibu seorang pelajar darjah satu, Cik Aryany Abdul Manab, 36 tahun, cara Sekolah Rendah Waterway menerima pelajar ke sekolah itu dilakukan dengan teratur.



Pengetua prasekolah itu menambah bahawa ia merupakan langkah baik untuk menerima pelajar secara berperingkat kerana ia membolehkan guru untuk memberikan perhatian kepada pelajar darjah satu dalam membantu mereka menyesuaikan diri kepada rutin baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >