Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawrence Wong: MOE dakap empat strategi bantu persiap pelajar

Kementerian akan turut tingkat usaha penuhi peluang bagi pelajar kurang mampu, bangun laluan pelbagai, kemahiran
Dec 04, 2020 | 05:30 AM



PANDEMIK Covid-19 telah mempercepat banyak trend kemasyarakatan, ekonomi dan teknologi berskala besar dan ini akan mempunyai kesan yang berpanjangan terhadap bagaimana masyarakat hidup, bekerja dan berinteraksi antara satu sama lain, kata Menteri Pendidikan Encik Lawrence Wong.



Bagi mempersiap pelajar dengan lebih baik bagi sekitaran yang cepat berubah sekarang, Kementerian Pendidikan (MOE) akan mendakapi empat strategi utama, katanya semalam.



Ia akan mempertingkat usaha untuk memaksimumkan peluang bagi pelajar yang kurang berkemampuan, membangunkan laluan pelbagai bagi pelajar untuk memperkukuh kekuatan mereka, membantu mereka membangunkan sikap dan kemahiran melebihi pengetahuan buku dan memberi tumpuan terhadap pembelajaran antara disiplin.



"Terdapat banyak trend utama sekarang yang akan terus dipercepat, perkara seperti perbelanjaan dalam talian, hiburan berbentuk digital, perhubungan alam maya dan juga kehadiran alam maya..dan trend ini akan pastinya akan berterusan selepas Covid-19," kata Encik Wong.



"Akan terdapat pemulihan tidak sama rata merentasi industri dan negara, pasca pandemik dan pastinya akan terdapat kesan berpanjangan terhadap bagaimana kita hidup, kerja dan berinteraksi antara satu sama lain bagi masa depan," ujar beliau.



Encik Wong berkata demikian tentang masa depan pendidikan semasa sesi pertama siri webinar oleh Universiti Nasional Singapura (NUS) untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-115.



Siri Penceramah Unggul NUS115 dengan tema "Mencorak Masa Depan" akan berlangsung sehingga suku pertengahan atau ketiga tahun depan bergantung pada keadaan Covid-19.



Encik Wong berkata strategi pertama MOE ialah untuk memperhebat usaha yang ada sekarang untuk memaksimumkan peluang bagi pelajar kurang berkemampuan.



Pemerintah akan menambah pelaburannya dalam penyelidikan dan pembangunan bagi usaha ini.



"Kita mahu melabur lebih banyak untuk menyetarakan perbezaan pada awal kehidupan dan memberi kanak-kanak akses penuh kepada sokongan kesihatan, pembelajaran dan pembangunan," katanya.



Strategi kedua ialah untuk memastikan institusi dan terus membangunkan laluan pelbagai bagi pelajar untuk memperkukuh kekuatan mereka.



Menurutnya dalam beberapa tahun, terdapat banyak pilihan bagi pelajar.



Misalnya, sekolah seperti Sekolah Tinggi Matematik dan Sains NUS bagi pelajar yang mempunyai kepentingan khusus.



Bagi mereka yang mahukan sekitaran pembelajaran lebih praktikal, terdapat Sekolah Menengah Crest dan Spectra.



Tetapi Singapura "perlu berhati-hati apabila mengambil pendekatan khusus ini secara berlebihan," katanya.



Misalnya, penyaluran pelajar yang merupakan pendekatan khusus menyebabkan stigma dan melabel serta pemikiran dalam kalangan pelajar tentang apa yang mereka sifatkan sebagai "stream yang lebih rendah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >