Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawrence Wong pilihan jelas; raih majoriti besar pimpin pasukan 4G

15 daripada 19 atau 79% pilih Wong
Apr 17, 2022 | 05:30 AM



ENCIK Lawrence Wong telah diangkat selaku pemimpin 4G setelah meraih majoriti yang besar, menerusi pemilihan di kalangan sekumpulan pemimpin parti, dengan 15 daripada 19 mereka memilih beliau, dan tidak seorang pun daripada nama-nama lain mendapat lebih daripada dua undi.



Proses pemilihan yang dilakukan, serta kesudahan majoriti besar 'undian' bagi Menteri Kewangan itu didedahkan oleh mantan menteri Encik Khaw Boon Wan, dalam satu sidang media di Istana semalam.



"Ini satu majoriti begitu besar iaitu 79 peratus, melebihi majoriti tanda aras biasa dua pertiga.



"Saya melaporkan dapatan ini kepada barisan menteri dan Anggota Parlimen PAP Khamis lalu dan kesemua mereka secara kolektif menyokong pemilihan Encik Lawrence Wong selaku pemimpin pasukan 4G," kata Encik Khaw.



Encik Khaw, yang juga mantan pengerusi parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP), yang ditugaskan memimpin proses pemilihan tersebut telah mengadakan pertemuan dengan setiap menteri secara individu kecuali Encik Lee dan kedua-dua Menteri Kanan - Encik Teo Chee Hean dan Encik Tharman Shanmugaratnam.



Turut ditemui adalah Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin dan Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, kededuanya mantan menteri 4G.



Khamis lalu, Encik Wong diumumkan selaku pemimpin baru 4G, membuka jalan bagi beliau mengambil alih teraju kepimpinan selaku Perdana Menteri selanjutnya.



Pengumuman itu menamatkan penantian sekitar setahun bagi siapakah gerangan bakal Perdana Menteri baru Singapura.



Ini selepas pemimpin 4G, yang asalnya dipilih sebagai bakal pengganti Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, menarik diri pada April tahun lalu, atas sebab usia.



Selain Encik Wong, menteri 4G lain yang dilihat sebagai dua lagi pesaing utama adalah Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Dalam sidang akhbar semalam, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata Encik Wong dipilih menerusi satu proses yang agak berbeza daripada dua peralihan kepimpinan sebelum ini, dan prosesnya adalah menyeluruh dan teliti, termasuk dari segi kekuatan dan kelemahan calon.



Encik Lee berkata pasukan 4G pimpinan Encik Wong akan memikul tanggungjawab berat dalam meneraju negara ke depan di sebalik banyak cabaran, termasuk membina semula ekonomi dan membangun rakyat di sebalik pandemik.



Encik Wong berkata sepanjang hayatnya beliau tidak pernah mengidam sesuatu jawatan mahupun kuasa, dan falsafah hidupnya - yang disemai ibu bapanya sejak beliau kecil - adalah memberikan yang terbaik dalam apa jua tugas yang diberikan kepadanya.



Memandang ke hadapan, beliau memerlukan bantuan setiap seorang dalam pasukan 4G, dari AP ke barisan menteri.



"Sebagai satu pasukan, kami telah bersama-sama bekerja menangani Covid sejak dua tahun lalu. Kami telah bina ikatan dan menjadi rapat sebagi satu pasukan," kata Encik Wong.



Perdana Menteri, ketika menjawab pertanyaan berkenaan jangka waktu peralihan kepimpinan menjelaskan, ia akan dilakukan secara hati-hati.



"Saya sudah pun 70 tahun dan menunggu untuk menyerahkan jawatan kepada Lawrence sebaik saja beliau bersedia. Dengan penyelesaian urusan pengganti ini, ia adalah satu langkah amat penting dalam pembaharuan kepimpinan," kata Encik Lee.



Beliau berkata faktor penting yang perlu diambil kira adalah bilakah masanya melaksanakan peralihan itu, dan akan membincangkannya dengan Encik Wong, termasuk dalam merangka strategi bagi pilihan raya umum akan datang.



Encik Lee juga berkata apabila tiba masanya, Encik Wong akan memutuskan siapa yang akan dipilihnya selaku timbalan dan siapa yang bakal menganggotai pasukan utamanya.



Encik Wong berkata beliau memahami Perdana Menteri ingin menyerahkan jawatan kepadanya sebaik saja beliau bersedia dan mengambil perhatian akan hal ini.



Laporan lanjut:




"Saya sudah pun 70 tahun dan menunggu untuk menyerahkan jawatan kepada Lawrence sebaik saja beliau bersedia. Dengan penyelesaian urusan pengganti ini, ia adalah satu langkah amat penting dalam pembaharuan kepimpinan."
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



"Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah mendambakan jawatan, kedudukan, atau kuasa. Saya sentiasa realistik tentang kebolehan dan kekuatan saya sendiri. Falsafah hidup saya, yang dipupuk oleh ibu bapa saya sejak saya kecil, adalah apa juga tugas yang diberikan, saya akan lakukannya sebaik mungkin."
- Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



"Saya membincangkan ciri-ciri kepimpinan politik yang penting bersama pihak berkepentingan untuk menggalakkan mereka membuat keputusan yang dipertimbangkan dengan baik tanpa dipengaruhi perasaan."
- Mantan pengerusi PAP, Encik Khaw Boon Wan, yang memimpin proses perundingan pemilihan ketua 4G.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >