Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawrence Wong pilihan jelas, raih sokongan 15 daripada 19 yang mengundi

Apr 16, 2022 | 02:46 PM



MENTERI Kewangan, Encik Lawrence Wong, dipilih sebagai ketua generasi keempat (4G) kepimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP) setelah meraih sokongan “majoriti yang besar” dalam kalangan mereka yang terlibat.



Proses mendapatkan kata sepakat mengenai siapa yang harus memimpin parti itu, dan Singapura sekiranya PAP memenangi pilihan raya umum akan datang, telah dijalankan secara sistematik dan teliti, untuk membolehkan pihak terlibat membuat penilaian secara jujur dan objektif, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, hari ini (16 April).



Encik Wong, 49 tahun, dinamakan sebagai pilihan utama oleh 15 daripada 19 pihak berkepentingan yang terlibat.



Seramai 19 individu itu terdiri daripada semua menteri Kabinet tidak termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan dua Menteri Kanan, dan termasuk Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin serta setiausaha agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, kedua-duanya mantan menteri 4G.



Mereka telah diwawancara secara perseorangan oleh mantan pengerusi PAP, Encik  Khaw Boon Wan sejak sebulan lalu selepas perbahasan Belanjawan pada Mac.



Mereka diminta menamakan pilihan utama mereka - selain diri mereka sendiri - dan menyenaraikan kedudukan calon yang berpotensi.



Tiada nama lain yang memperoleh lebih daripada dua undian, kata Encik Khaw, menunjukkan majoriti jelas 79 peratus untuk Encik Wong. Ini adalah lebih daripada ‘super-majoriti’, tambahnya.



Butiran mengenai undian itu didedahkan dalam satu sidang media yang diadakan di Istana pagi ini (16 April), yang dipengerusikan oleh Encik Lee dan dihadiri Encik Wong dan Encik Khaw.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >