Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawrence Wong: Tidak semua flat lama layak Sers

Mar 24, 2017 | 04:17 PM



MENTERI Pembangunan Negara Lawrence Wong mengingatkan pembeli flat awam bahawa flat-flat lama tidak layak secara automatik untuk Skim Pembangunan Semula Secara Kelompok Terpilih (Sers).



Menyatakan demikian dalam tulisan yang dimuatnaikkan ke blognya, Encik Wong berkata, Pemerintah akan terus mengekalkan pemilihan menurut kriteria yang ketat bagi blok-blok yang layak untuk Sers, dengan hanya 4 peratus daripada keseluruhan flat-flat HDB yang telah dikenalpasti untuk Sers sejak ia dilancarkan pada 1995.



Encik Wong menyatakan demikian sebagai mengulas laporan akhbar Cina Lianhe Zaobao bertarikh 15 Mac lalu yang melaporkan flat lama HDB dengan tempoh pajakan pendek menikmati nilai jualan yang tinggi di pasaran jualan semula.



"Sedang flat jualan semula diniagakan menurut kesediaan penjual dan kesediaan pembeli, saya lebih prihatin dengan gambaran bahawa pembeli mengeluarkan belanja yang tinggi untuk flat lama kerana menjangkakan ia akan beroleh faedah Sers," tulis beliau.



Menurutnya, Sers hanya ditawarkan kepada blok HDB yang terletak di tapak yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan semula.



"Selalunya tapak-tapak ini terletak di kawasan yang belum dimanfaatkan sepenuhnya. Ia juga bergantung kepada adanya tapak pengganti untuk penduduk dan kemampuan kewangan Pemerintah."



Menyatakan bahawa Pemerintah akan mengekalkan kriteria pemilihan yang ketat, Encik Wong berkata, kebanyakan flat HDB, apabila tempoh pajakan berakhir, flat itu akan diserahkan kembali kepada HDB yang kemudiannya akan menyerahkan tanah itu kepada Pemerintah.



"Sedang tempoh pajakan berkurangan, terutamanya di penghujung tempoh, harga flat akan turun bersesuaian dengan tempohnya. Jadi pembeli harus menimbangkan sewajarnya dan harus realistik semasa membeli flat dengan tempoh pajakan yang pendek. Ini amat penting untuk pasangan muda, yang merancang untuk masa depan lebih lama," ujarnya.



Untuk itu, Encik Wong berkata, Pemerintah telah mempertingkat Geran Perumahan Caruman Simpanan Pekerja yang telah diumumkan semasa Belanjawan tahun ini.



Beliau juga menasihati pembeli flat kali pertama untuk memilih flat jualan semula yang mempunyai tempoh pajakan panjang yang mencukupi untuk melindungi keperluan mereka.



Ini memandangkan purata jangka hayat rakyat Singapura adalah 85 tahun, jadi orang ramai boleh membeli flat dengan tempoh pajakan yang boleh melindungi mereka sehingga usia 95 tahun, saran Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >