PIHAK berkuasa akan meningkatkan langkah pengawasan dan penguatkuasaan pengurusan jarak selamat dalam beberapa hujung minggu akan datang sempena musim perayaan ini.
Menyatakan demikian pada Selasa (22 Dis), Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong, berkata lebih ramai duta jarak selamat akan dikerah, dan bersama dengan pegawai penguatkuasaan, akan berada di kawasan perhimpunan ramai atau 'hot spots,' dan kawasan popular di Singapura.
Singapura tidak boleh mengambil sikap sambil lewa, tekan Encik Wong, yang juga pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian, lapor akhbar The Straits Times (ST).