Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HARI PERTAHANAN MUTLAK

Lawrence, Zaqy tekankan pentingnya perpaduan

Feb 16, 2021 | 05:30 AM



PADA 15 Februari 1942, Singapura tumpas di tangan Jepun semasa Perang Dunia Kedua.



Republik ini kemudian mewujudkan konsep Pertahanan Mutlak pada 1984 untuk menyatupadukan warga tatkala menghadapi pelbagai cabaran yang melanda.



Dalam dua acara berasingan bagi memperingati Hari Pertahanan Mutlak semalam, Menteri Pendidikan Lawrence Wong dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Zaqy Mohamad menekankan kepentingan perpaduan dan sifat kebertanggungjawaban bersama itu.



Encik Wong berkata ciri tersebut dipaparkan generasi perintis ketika menentang Pendudukan Jepun.



Maka sikap yang sama perlu dijadikan landasan warga sekarang untuk menangani kesan krisis baru yakni pandemik Covid-19, ujarnya.



"Kita diuji kali ini (dengan pandemik), namun berjaya mengatasi keadaan sukar bersama berbekalkan daya tahan dan tekad, malah kita berjaya dan memperkukuh perpaduan," ujar Encik Wong.



Beliau berucap dalam Upacara Memperingati Peperangan yang ke-54. Upacara itu mengenang mangsa perang yang terkorban dan Hari Pertahanan Mutlak di Taman Peringatan Perang, Beach Road.



"Saya mempunyai harapan dan optimis bahawa Singapura akan menjadi lebih kuat seusainya krisis ini seperti yang pernah kita capai selepas tamatnya Pendudukan Jepun," tambahnya.



Dalam pada itu, Encik Zaqy memperincikan cara teras Pertahanan Mutlak 'memandu' perjuangan Singapura menentang Covid-19 hari ini.



Beliau berkata demikian semasa menyerikan majlis memperingati Hari Pertahanan Mutlak di Wisma Teroka Singapura (SDC) semalam.



"Sepanjang pandemik ini, kami terharu menyaksikan ramai warga Singapura tampil sebagai relawan membantu warga lain terutama sekali golongan belia.



"Misalnya mereka menyediakan hidangan buat golongan berisiko, menghantar makanan ke rumah, membuat alat perlindungan muka dan menerajui usaha membantu gelandangan dan mereka yang kurang bernasib baik," ujarnya.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >