Seramai 131 pegawai perkhidmatan dari 76 hotel serata Singapura menerima Anugerah Berbudi Bahasa Nasional - Perkhidmatan Emas 2018 bulan lalu. Dianjurkan bersama Gerakan Berbudi Singapura (SKM) dan Persatuan Hotel Singapura (SHA), anugerah tersebut menghargai kakitangan bidang perhotelan yang menawarkan khidmat luar biasa kepada tetamu. Dua penerima mengongsi pengalaman dengan wartawan NUR FATHIN AWALLUDIN (nfathin@sph.com.sg).
PADA hari pertama bertugas lima tahun lalu, Encik Ernee Parizan Ramlee melayan tamu berasal dari Britain.