SEBUT apa sahaja - baik melayan kerabat diraja Dubai, ahli politik, kerenah bintang Bollywood seperti Amitabh Bachchan dan Shah Rukh Khan, mahupun menyelamatkan pelancong yang hampir maut - semuanya pernah Encik Jais Abdul Rahman, 64 tahun, alami.
Apakan tidak, pengurus bahagian lobi Grand Hyatt Singapore itu sudah memiliki pengalaman 45 tahun dalam dunia perhotelan.