Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lazada bantu 200 peniaga di Kampong Gelam jalani pendigitalan

Mar 15, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 200 peruncit di kawasan Kampong Gelam akan meraih manfaat daripada inisiatif pendigitalan menerusi kerjasama Persatuan One Kampong Gelam (OKG) dan platform e-dagang Lazada Singapura.



Persatuan itu telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama syarikat e-dagang itu semalam untuk menyokong perniagaan di kawasan itu memacu ke arah pendigitalan.



Dalam kerjasama yang dijanjikan setahun itu, perniagaan yang menyertai inisiatif itu akan mendapat kredit sekitar $6,000 dari Lazada.



Kredit itu boleh digunakan untuk membantu mereka memulakan usaha pendigitalan di platform Lazada.



Ini termasuk penyenaraian produk, pengambilan gambar produk serta bantuan bagi penghantaran dan pengiklanan produk dan khidmat yang ingin mereka tawarkan.



Lazada juga akan mengadakan seminar untuk mendidik peniaga dengan aliran baru dalam e-dagang, termasuk wadah streaming di platform LazLive mereka serta menjalankan kempen bagi produk yang ingin mereka jual.



Selain itu, Lazada akan memperkenalkan kategori Halal di platform mereka bagi membantu peniaga Muslim di kawasan itu untuk mencapai sasaran pelanggan mereka.



Pelanggan boleh mendapatkan barangan rumah dan fesyen menerusi kategori terbaru itu. Bagi barang makanan pula, pasar raya dalam talian RedMart (di bawah Lazada) pula akan membuka kategori halal di lelaman mereka.



Ia akan menawarkan senarai produk halal untuk memenuhi kehendak dan keperluan barangan runcit masyarakat Islam Singapura.



Ini juga sebahagian daripada usaha mereka untuk membantu peniaga di situ sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang April nanti.



Inisiatif ini juga akan bantu memperkukuh lagi warisan dan budaya kawasan Kampong Gelam.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim telah merasmikan acara MOU itu di kawasan ibu pejabat OKG di Aliwal Street semalam.



Beliau yang bercakap mengenai peningkatan kawasan Kampong Gelam itu pada perbahasan Belanjawan Kementerian Pembangunan Negara (MND) di Parlimen minggu lalu, turut berkata OKG telah bekerjasama dengan perniagaan di kawasan itu untuk mengambil pendekatan digital dan memanfaatkan platform dalam talian.



Turut hadir dalam acara itu semalam adalah pengerusi OKG, Encik Zaki Maarof dan ketua eksekutif Lazada, Encik Loh Wee Lee.



Bagi Encik Zaki, beliau berharap perniagaan di kawasan Kampong Gelam dapat meraih manfaat menerusi kerjasama dengan Lazada itu.



"Melalui kerjasama setahun dengan Lazada Singapura ini, kami berharap dapat memanfaatkan tawaran mereka, daripada logistik hingga ke baucar digital, untuk membantu perniagaan yang bergelut meningkatkan prestasi mereka," katanya yang mengambil alih jawatan itu pada Mac 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >