Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lazada meterai MOU bolehkan kakitangan logistik jalani kursus

Jul 23, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 700 kakitangan logistik di platform perdagangan dalam talian, Lazada, terutamanya mereka yang bekerja di gudang dan melakukan tugas melibatkan pengangkutan bersama syarikat RedMart, kini mempunyai laluan lebih mudah untuk mengikuti kursus dan menentukan perkembangan kerjaya mereka sendiri.



Ini setelah Lazada Singapura menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) bersama Kesatuan Pekerja Makanan, Minuman dan Yang Berkaitan (FDAWU) untuk menubuhkan Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) dalam syarikat tersebut semalam.



Kerjasama itu bertujuan melicinkan peralihan pekerja kepada pekerjaan baru, dalam sektor-sektor berkembang, sedang syarikat itu sendiri melakukan peralihan ke ekonomi masa depan.



Dalam ucapannya di majlis menandatangani MOU itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, berkata langkah itu adalah penting supaya para pekerja dapat disokong dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam usaha menjadi pekerja 4.0.



Pekerja 4.0 adalah istilah NTUC dalam membangunkan pekerja yang mampu menyesuaikan diri dan memiliki kemahiran teknologi dan teknikal bagi kekal relevan.



"Dalam mengembangkan lagi CTC, kami berharap dapat memberi impak kepada segmen pasaran yang lebih besar.



"Ini terutamanya bagi syarikat kecil dan sederhana (SME) yang mungkin memerlukan bantuan yang lebih dari segi peta jalan serta model perniagaan yang lain," kata Encik Ng.



Melalui CTC, Lazada merancang untuk membangunkan laluan kerjaya berstruktur untuk logistik e-dagang, khususnya dalam operasi gudang dan operasi pengurusan pengangkutan.



Kedua-dua laluan pengkhususan akan dilengkapkan dengan latihan kecekapan yang diperlukan, dan membolehkan pekerja menentukan kerjaya mereka sendiri berdasarkan minat dan bakat.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan NTUC, laluan itu akan membolehkan pekerja menyertai pengkhususan yang mereka inginkan pada tahap kecekapan mereka.



Geran bagi menubuhkan CTC merupakan sebahagian daripada geran $70 juta yang disediakan pemerintah bagi menyokong usaha NTUC untuk meningkatkan produktiviti pekerja setempat, mereka semula pekerjaan dan mempertingkatkan kemahiran.



Lazada Singapura akan menjadi salah satu syarikat pertama yang merancang untuk melakukan permohonan Geran CTC NTUC, yang akan digunakan untuk mengubah proses perniagaan mereka, meningkatkan kemahiran pekerja untuk produktiviti yang lebih baik dan meneroka projek pendigitalan di bahagian yang berlainan di pusat berautomasi penuh sebuah prasarana syarikat itu yang diberi nama West Fulfilment Centre, di mana pergantungan kepada tenaga kerja masih tinggi.



"Ketika kita menyasarkan produktiviti yang lebih tinggi, terutamanya dengan pembukaan gudang yang berautomasi sepenuhnya, kami memahami terdapat keperluan untuk kami juga melabur dalam pekerja untuk memanfaatkan teknologi baru.



"Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan FDAWU dan memanfaatkan sumber untuk melakarkan perjalanan kerjaya yang bermakna untuk kakitangan logistik kami, dan memupuk semangat pembelajaran sepanjang hayat," kata Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Singapura, Encik Loh Wee Lee.



Geran CTC NTUC akan dibuka untuk permohonan mulai 1 Ogos 2022.




"Dalam mengembangkan lagi CTC, kami berharap dapat memberi impak kepada segmen pasaran yang lebih besar.

Ini terutamanya bagi syarikat kecil dan sederhana (SME) yang mungkin memerlukan bantuan yang lebih dari segi peta jalan serta model perniagaan yang lain.

"Dengan bekerjasama dengan NTUC, kami dapat sama-sama melakukan transformasi tenaga kerja dengan lebih baik."

- Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >