Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

SUSULAN BELANJAWAN 2022

LBKM: Inisiatif diumum Belanjawan legakan badan amal berkaitan dana

Feb 20, 2022 | 05:30 AM



INISIATIF yang diumumkan pemerintah dalam Belanjawan 2022 mencerminkan usaha pemerintah yang berterusan untuk membantu masyarakat, sektor perniagaan dan badan amal dalam menangani kesan daripada pandemik Covid 19, kata Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM).



Dalam kenyataannya semalam, Presiden LBKM, Encik Suhaimi Salleh berkata sebagai badan yang banyak bergantung kepada sumbangan masyarakat dan swasta, LBKM menyambut baik program Peningkatan Program Kumpul Dana (EFR).



Ini memandangkan geran pemerintah melalui skim pendanaan 'Care-and-Share' dan Dana Bicentenial telah pun berakhir tahun lalu.



Skim EFR memberikan geran padanan $1 bagi setiap $1 derma yang diterima badan amal sehingga nilai maksimum $250,000.



Jelas Encik Suhaimi lebih lanjut:



"Ia akan memberikan kelegaan kepada badan amal seperti LBKM dalam menangani isu penurunan sumbangan derma masyarakat serta meningkatkan program bantuan pelajar yang memerlukan akibat pandemik Covid-19 ini."



Menurut Encik Suhaimi, skim tambahan EFR juga membolehkan setiap badan amal mendapat dana tambahan sehingga $500,000 setahun daripada lima projek mengumpul dana.



Melalui program EFR, apabila disertakan sokongan padu masyarakat, badan amal boleh meraih sehingga $750,000 setahun selama tiga tahun secara keseluruhan, tambah beliau.



"Selain dari itu, skim baru di bawah naungan Dana Keupayaan Badan Amal, membolehkan badan amal seperti LBKM untuk terus meningkatkan keupayaan tadbir urus dan pengurusan melalui latihan, konsultansi, pembiayaan kelengkapan teknologi maklumat, transformasi digital dan projek kerjasama badan amal.



"Ini bermakna, badan amal dapat terus berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan tanpa dibatasi dengan cabaran akibat kemerosotan ekonomi dan pandemik," ujar Encik Suhaimi.



Kata beliau lagi, LBKM komited untuk terus menaik taraf khidmat dan program bantuan yang ditawarkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >