Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:27
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

LBKM lancar Dana Tambah Wang Sekolah

May 01, 2019 | 05:30 AM

DEMI meringankan beban kewangan pelajar kurang berkemampuan, Belia@Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) telah melancarkan Dana Tambah Wang Sekolah! LBKM atau LBKM School Top-Up Fund! Ahad lalu.

Menandakan pelancaran inisiatif ini, sekitar 16 pelajar yang menerima Skim Bantuan Kewangan (FAS) Kementerian Pendidikan (MOE), hadir di stesen MRT Yishun supaya kad pengangkutan mereka ditambah nilai untuk membeli pas konsesi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan LBKM, mereka "berharap dapat memberi keyakinan kepada pelajar yang menghadapi masalah kewangan supaya mereka akan tetap dapat ke sekolah walau apa jua keadaan kewangan mereka.

Biasanya, mereka yang mendaftar bagi Dana Tambah Wang Sekolah! LBKM akan menerima sehingga $20 sebulan di bawah FAS, yang selalunya tidak mencukupi.

"Dengan skim tambah nilai ini untuk membeli pas konsesi, keperluan pengangkutan pelajar akan dipenuhi," menurut kenyataan tersebut.

Berita Popular

Bagi menjalankan usaha ini, Belia@LBKM telah memulakan kempen mengumpul dana dalam talian Februari lalu.

Dengan sokongan orang ramai, $10,000 dapat dikumpulkan menerusi kempen ini sahaja, tidak termasuk derma yang diraih menerusi wadah lain.

Di bawah projek perintis ini, Belia@LBKM akan menyokong 72 penerima bantuan, di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik, mahupun maktab rendah.

Penerima bantuan telah diminta memilih tiga stesen MRT paling dekat dengan rumah mereka sewaktu tempoh aplikasi, dan mendapati lapan stesen MRT - Punggol, Tampines, Bedok, Bugis, Woodlands, Yishun, Yio Chu Kang, Lakeside - di mana penambahan kad ez-link akan berlaku setiap bulan sehingga Mac tahun depan.

Pengagihan ini akan dijalankan relawan serta kakitangan LBKM.

LBKM mengalu-alukan lebih relawan untuk turut serta dalam inisiatif ini.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map