Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebaran lebih bermakna buat diri dan keluarga...

Jun 05, 2019 | 05:30 AM



BELIAU membesar dalam keadaan kewangan sempit, dengan ibunya bertungkus-lumus menyara keluarga sambil menjaga adiknya yang mengalami autisme.



Tertekan dengan keadaan kewangan serta penceraian ibu bapanya, Encik Muhammad Aziz Firdaus Abdullah kemudian terjebak dalam pelbagai masalah sehingga pernah diarah menjalani probesyen gara-gara mencuri hard disk.



Berkat bimbingan pegawai probesyennya, kesedaran menyelubungi diri pemuda itu tatkala umur mencecah lewat remaja, bahawa satu-satunya cara untuk menjalani kehidupan lebih baik adalah dengan pendidikan.



Kini, lelaki berusia 27 tahun itu menyambut Syawal di flat sewa dua bilik yang didiaminya bersama ibu dan adiknya. Namun, beliau yakin masa depannya dan keluarga akan bertambah cerah dengan segulung ijazah yang digenggam dan kerjayanya sebagai seorang guru.



"Alhamdulillah, saya tak pernah sangka saya mampu sampai ke menara gading. Sepanjang kehidupan saya, saya tak pernah terfikir saya akan dapat ubah kehidupan keluarga saya," ujar graduan jurusan Matematik dan Ekonomi itu.



Sejak menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) tahun lalu, sekali gus mendapat kerjaya idamannya sebagai guru, Encik Aziz memikul peranan sebagai 'ketua keluarga' bagi menggantikan tempat bapanya di samping menjadi pencari nafkah tunggal.



Namun, Encik Aziz berkongsi ini sudah menjadi kebiasaan kerana pengalaman hidup mengajarnya tidak berputus asa dan sentiasa berdikari.



Guru Geografi dan Matematik itu berkongsi beliau perlu mengulangi peperiksaan peringkat 'A' sekali lagi kerana keputusan tidak memuaskan.



Dengan duit yang diraih daripada Perkhidmatan Negara (NS), Encik Aziz membayar yuran peperiksaan itu sambil membantu keluarganya.



Apabila menempah tempat di universiti, beliau tidak mensia-siakan peluang itu. Di samping bekerja sambilan, beliau belajar dengan tekun.



"Sukar untuk saya fokus di rumah kerana bukan sahaja sempit, tak selesa juga. Saya tak ada bilik... kami tidur atas tilam. Oleh itu, saya habiskan banyak masa belajar di sekolah sehingga lewat sebelum pulang ke rumah," kongsi anak sulung dalam dua adik beradik itu.



Raya tahun ini, menurut Encik Aziz membawa nafas baru.



Katanya: "Ini merupakan kali pertama saya mampu membeli baju Raya baru buat diri saya dan keluarga saya kerana sebelum ini, bapa saya yang membelinya untuk kami. Rumah kami juga tidak ada perabot, jadi dengan pendapatan yang saya dapat, saya akan mampu beli perabot... akhirnya saya dapat membuka rumah saya kepada orang lain."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >