Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih $1 juta diderma sehingga Sabtu petang bagi bantuan kemanusiaan Gaza

May 22, 2021 | 08:09 PM



LEBIH $1 juta diderma bagi membantu penduduk  Palestin di Gaza melalui dana bantuan kemanusiaan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) hingga 2.15 petang Sabtu (22 Mei)  – hanya sekitar 14 jam sejak pelancaran dana itu.

Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu kenyataan mengenai usaha pengumpulan derma itu oleh RLAF dengan kerjasama Agensi Bantuan dan Kebajikan bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNRWA).

Antara penderma kepada bantuan kemanusiaan itu ialah pasar raya Sheng Siong, yang menderma $200,000.

Derma itu disampaikan dalam bentuk sekeping cek oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Sheng Siong, Encik Lim Hock Kee, kepada CEO RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman, dalam satu majlis di Masjid Yusof Ishak pada Sabtu.

Laporan penuh di Berita Minggu esok. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >