Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih $1 juta dikumpul dalam larian sokong usaha tangani barah

Mar 05, 2019 | 05:30 AM



PELAKON wanita Bridget Fernandez mengalami trauma pada lewat 2014 apabila mengetahui abangnya mempunyai barah hati dengan hanya beberapa bulan untuk hidup.



Mereka juga perlu menjalani pengalaman yang sukar untuk memahami proses penyembuhan dan subsidi untuk rawatan barahnya walaupun mereka menerima bimbingan dan bantuan daripada Persatuan Barah Singapura (SCS).



"Anda biasanya hanya mendengar perkara yang menarik dan tidak mendengar tentang kesukaran. SCS membantu kami berurusan dengan realiti dalam membantu orang yang disayangi yang menghidapi barah," katanya kepada The Straits Times.



Kelmarin, selepas tiga tahun kematian abangnya, Cik Fernandez, 54 tahun, menyertai sekitar 7,000 peserta dalam larian berganti-ganti TalkMed Relay For Life dalam menyokong perjuangan menentang barah - yang mengumpul dana lebih $1 juta.



Tahun ini, larian berganti-ganti ini dapat menarik lebih ramai peserta dalam acara anjuran SCS itu.



Larian ini merupakan edisi ketiga dan mencatat rekod baru dalam Buku Rekod Singapura untuk jarak paling lama (14,849.2 kilometer) meliputi sekumpulan pelari dalam tempoh enam jam.



Larian itu mempunyai seramai 208 pasukan yang mengambil bahagian dalam cabaran 100 kilometer - hampir dua kali ganda jumlah tahun lepas.



Peserta berjalan dan berlari dari senja hingga waktu fajar bersama-sama pesakit dan penjaga barah - dalam usaha mengumpul dana, memberi galakan kepada mereka yang terkena penyakit serta dan meningkatkan kesedaran tentang barah dan kesannya terhadap kehidupan.



Pada tahun lalu, sejumlah $830,000 dikumpulkan dan dana tahun ini akan digunakan membiayai program dan perkhidmatan yang dijalankan oleh SCS untuk berkhidmat kepada komuniti barah.



Ini termasuk beberapa inisiatif masyarakat yang menyediakan perkhidmatan penjagaan pesakit kepada pesakit barah yang memerlukan, penjagaan rumah hospis, program rawatan kanser dan program sokongan pemulihan.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu race Fu, turut bersama dalam acara itu dengan menyertai pusingan terakhir di balapan dengan pesakit barah kelmarin.



Presiden Halimah Yacob, yang merasmikan acara larian itu pada Sabtu, turut menyertai dalam satu pusingan di Stadium Negara dan menulis mesej sokongan pada majlis tersebut.



Turut memberi sokongan kepada acara tersebut ialah bintang Mediacorp Pan Ling Ling, Kym Ng, He Ying Ying dan Aileen Tan yang membuat penampilan khas.



Pengarah eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif TalkMed Group, Dr Ang Peng Tiam, yang merupakan penaja bagi acara itu berkata penyertaan kumpulan dalam larian itu merupakan cara penting untuk menunjukkan sokongan kepada pesakit kanser.



Ketua Pegawai Eksekutif SCS, Encik Albert Ching, berkata konsep berjalan semalaman menunjukkan bahawa barah tidak pernah tidur dan perjuangan menentang barah tidak pernah berhenti.



"Kami berharap melalui inisiatif ini, kami akan memperkukuhkan lagi hubungan kami dengan masyarakat dan memperkasa mereka agar meningkatkan dan mengambil tindakan ketara untuk mencegah dan melawan barah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >