Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 1 juta isi rumah S'pura peroleh baucar CDC; lebih $28 juta dibelanja

Jan 09, 2022 | 05:40 PM



LEBIH sejuta isi rumah di Singapura telah mendapatkan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) sebanyak $100 dalam tempoh sebulan ia dilancarkan, dengan lebih $28 juta sudah ditebus sejauh ini.



Skim berjumlah $130 juta ini diperkenalkan pada 13 Disember untuk membiaya perbelanjaan harian dan menyokong kedai kejiranan dan penjaja yang dilanda tamparan pandemik Covid-19.



Memeriksa perniagaan mana yang menerima baucar itu kini lebih mudah dengan pengumuman pada Ahad (9 Januari) mengenai tambahan peta interaktif yang dimuatnaikkan ke laman CDC Vouchers Merchants Go Where beralamat https://www.gowhere.gov.sg/cdcvouchersmerchants/map



Fungsi pencari yang ada kini adalah berdasarkan poskod dan nama jalan.



Lebih 12,500 penjaja dan peniaga kejiranan berada dalam skim ini dengan lebih 90 peratus daripada mereka sudah mendaftar bagi sekurang-kurangnya satu transaksi baucar, jelas Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling.



"Kami amat berbesar hati bahawa warga Singapura bersatu hati di belakang dan menyokong penjaja dan peniaga kejiranan kita dengan membelanjakan baucar bernilai lebih $28 juta sejauh ini," tambahnya. 



Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, mengumumkan dalam pengemaskinian ketiga pada skim ini di Belanjawan 2021 sebagai sebahagian daripada Pakej Sokongan Isi Rumah bernilai $900 juta.



Skim baucar CDC ini dilancarkan pada Jun 2020 untuk membantu hingga 400,000 keluarga berpendapatan rendah dengan peruntukan kedua buat mereka diumumkan pada Januari tahun lalu.



Baucar terkini ini bernilai $130 juta secara menyeluruh dan telah disampaikan kepada 1.3 juta isi rumah Singapura.



Bagi mendapatkan baucar ini yang boleh digunakan hingga 31 Disember tahun ini, seorang warga Singapura daripada isi rumah ini boleh melungsuri pautan dalam talian yang memerlukan penggunaan Singpass bagi mendapatkan pautan pada nombor telefon bimbit yang berdaftar individu itu.



Pautan ini boleh dikongsi menerusi aplikasi pesanan bersama anggota isi rumah yang lain, yang boleh menggunakan baucar dalam jumlah $2, $5 dan $10 itu.



Mereka boleh klik pada pautan itu untuk memilih jumlah yang ingin digunakan serta menunjukkan kod QR kepada penjual yang akan mengimbasnya dengan menggunakan aplikasi RedeemSG Merchant.



Mereka yang menggunakan salinan baucar fizikal perlu menunjukkan kod QR pada baucar itu untuk diimbas.



Penduduk yang menantikan masa berbelanja dengan baucar itu, Cik Sariah Juni, 59 tahun, kini boleh mengetahui tentang penjaja dan peniaga kejiranan yang menyertai skim ini di Singapura menerusi antara muka baru CDC Vouchers Merchants Go Where.



Katanya:



"Mudah untuk digunakan muka baru CDC Vouchers Merchants Go Where ini. Saya boleh mencari gerai yang menerima Baucar CDC ini berdasarkan lokasi saya kini dengan menulis poskod saya. Ini adalah peluang baik bagi saya mencuba dan meneroka kedai peniaga dan gerai makanan di Singapura. Ia mudah untuk digunakan dan saya tentunya akan terus memanfaatkannya apabila saya keluar makan atau membeli keperluan dapur."



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >