Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 10 tahun terima bantuan TAA

Apr 12, 2021 | 05:30 AM



DALAM ketidaktentuan ekonomi pada masa kini, bantuan daripada dana Tabung Amal Aidilfitri (TAA) meringankan beban kewangan Cik Mahhizon Koris menjelang Lebaran kelak.



Cik Mahhizon, 72 tahun, salah seorang daripada lebih 3,500 benefisiari dana TAA tahun ini.



Bilangan benefisiari itu merupakan yang tertinggi dalam sejarah 10 tahun TAA, dengan ramai dalam masyarakat turut terjejas akibat pandemik Covid-19.



TAA sasar mengutip lebih $1.2 juta dalam kempen amal Ramadan tahun ini.



"Alhamdulillah, saya bersyukur dan sangat berterima kasih. Ketika saya dalam kesusahan, TAA telah banyak membantu saya," ujar Cik Mahhizon, yang telah lebih 10 tahun menerima bantuan dana TAA.



Cik Mahhizon, yang tidak bekerja dan tinggal bersama seorang pembantu rumah, mengatakan dana TAA membantu meringankan beban kewangannya dan membawa keceriaan semasa sambutan Aidilfitri.



"Kepada mereka yang menderma, terima kasih dan mudah-mudahan mereka sering dilindungi Allah dan dimurahkan rezeki," tambah Cik Mahhizon, yang tidak mempunyai cahaya mata.



Tahun lalu, TAA mengagihkan dana $1.5 juta kepada 3,300 benefisiari, iaitu jumlah pengagihan dana tertinggi dalam sejarah TAA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >