Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 100 acara peringatan sempena setahun pemergian mendiang Encik Lee Kuan Yew

Mar 03, 2016 | 12:36 PM



SEDANG ulang tahun pertama pemergian mendiang Encik Lee Kuan Yew pada 23 Mac menghampiri, beberapa kumpulan rakyat Singapura telah merancang pelbagai acara bagi memperingati warisan Perdana Menteri Pengasas itu.

Sekurang-kurangnya 100 acara sedang dianjurkan oleh individu dan kumpulan masyarakat bulan ini, kata Timbalan Pengerusi Persatuan Rakyat (PA), Encik Chan Chun Sing, dalam satu sidang media pada Rabu (2 Mac).

Kegiatan itu termasuk acara menanam pokok di Taman Tasik Jurong - sejajar dengan kempen mendiang bagi menghijaukan negara ini - dan berjalan pantas di Taman Sembawang untuk merai usaha beliau sentiasa kekal sihat.

Mendiang Encik Lee bersenam setiap hari.

Di Tanjong Pagar, kawasan yang diwakili mendiang selama 60 tahun, penduduk dan pemimpin akar umbi akan mendirikan sebuah tapak peringatan di Duxton Plain Park dari 19 hingga 27 Mac.

Orang ramai boleh mengunjungi tapak tersebut, yang akan mempunyai panel yang memapar gambar dan teks sumbangan mendiang Encik Lee kapada kawasan itu.

Menambah kepada usaha rakyat biasa ialah dua acara peringatan yang dianjurkan oleh PA.

Ini akan diadakan di dua tapak yang dipilih kerana kaitannya dengan mendiang, yang meninggal dunia pada 23 Mac 2015, pada usia 91 tahun.

Tapak tersebut ialah Bangunan Parlimen dekat Sungai Singapura dan Taman Istana di Orchard Road.

Panel gambar dan penulisan pendek mengenai sumbangan mendiang Encik Lee akan didirikan di dua tapak itu bagi orang ramai mengenang legasi beliau.

PA mengadakan acara-acara itu sebagai respons kepada pertanyaan beberapa orang apakah akan diadakan kegiatan bagi memperingati mendiang, kata Encik Chan, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (PMO) dan setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).

Dalam minggu berkabung menyusuli kematian Encik Lee, orang ramai menunggu berjam-jam dalam barisan panjang untuk memberi penghormatan terakhir mereka.

Dan pada hari pengebumian mendiang, beribu-ribu berdiri dalam hujan lebat sepanjang laluan pengebumian untuk mengucapkan selamat tinggal terakhir kepada tokoh yang ramai lihat sebagai bapa Singapura moden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >