Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 100 belia kongsi visi mereka bagi Singapura 2025

May 18, 2019 | 05:21 PM



LEBIH 100 belia memulakan pendekatan di bawah Pelan Tindakan Belia SG bagi membayangkan visi mereka bagi Singapura pada 2025.



Pelan Tindakan Belia SG merupakan wadah bagi belia Singapura membentuk visi mereka untuk negara dan membangunkan pelan bagi belia, organisasi kemasyarakatan, perniagaan dan pemerintah untuk sama-sama merialisasikan visi tersebut.



Dalam pada itu, sebuah panel yang diketuai bersama oleh Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Sim Ann, telah ditubuhkan untuk mendekati belia Singapura secara aktif dalam proses mewujudkan visi itu, mengesyorkan dasar-dasar serta menggalakkan projek yang memberi kesan positif.



Demikian menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) hari ini (Sabtu, 18 Mei).



Panel tersebut turut dianggotai empat anak Melayu/ Islam - Encik Khairul Rusydi, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Reactor; Encik Mohamed Abbas Sheyed Ebramsa, pengasas bersama Rely; Encik Shafiee Razali, Ketua Pegawai Eksekutif Majulah Community; dan Cik Shahira Abdullah, Naib Presiden Mendaki Club.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >