Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 100 pembaca langgan pakej Tablet BH pada hari pertama

Sep 19, 2019 | 05:30 AM



SERAMAI 100 pembaca telah melanggan pakej tablet Berita Harian (BH) pada hari pertama promosi istimewa yang dilancarkan semalam.



Promosi langganan yang membolehkan pembaca akhbar ini terus menikmati BH dalam bentuk cetakan, seperti yang diterbitkan sekarang, namun menerusi wadah alat digital baru.



Ini kerana dengan setiap langganan dua tahun, promosi tersebut menyediakan setiap pelanggan dengan tablet Samsung Galaxy Tab A WiFi yang dilengkapi dengan akhbar-elektronik atau e-akhbar BH.



Ini dapat dinikmati dengan yuran langganan hanya $19.90 sebulan bagi tempoh dua tahun.



Mereka yang sudah pun mempunyai langganan BH tanpa kontrak pula boleh menikmati promosi ini dengan tambahan yuran langganan $14.90 sebulan untuk tempoh 24 bulan sahaja.



Kami akan mengongsi enam fungsi menarik yang terdapat dalam Tablet BH ini.



1. LOG MASUK SEKALI SAHAJA



Anda mempunyai masalah mengingati kata laluan?



Kini dengan Tablet BH, anda tidak perlu lagi bimbang kerana ianya hanya memerlukan pengguna melakukan log masuk sekali sahaja untuk melancarkan aplikasi dan menikmati kandungan akhbar elektronik atau e-akhbar BH.



2. E-AKHBAR DIMUAT NAIK SECARA AUTOMATIK SETIAP HARI



Ingin mendapatkan berita terkini di hujung jari anda?



Sebaik anda melancarkan Tablet BH itu, e-akhbar yang terkini akan dimuat turun secara automatik setiap hari dalam persekitaran Wifi.



3. FUNGSI MUAT TURUN BAGI BACA E-AKHBAR TANPA INTERNET



Tablet BH ini juga dilengkapi dengan fungsi muat turun di mana e-akhbar dapat dimuat turun ketika di dalam persekitaran Wifi.



Kini anda boleh membacanya walau di luar talian.



4. ARKIB E-AKHBAR 14 HARI DISEDIAKAN



Dengan Tablet BH, anda kini dapat menikmati kandungan berita dari e-akhbar selama 14 hari yang terdapat di ruang arkib



5. KONGSI BERITA MENARIK LANGSUNG DI MEDIA SOSIAL



Dengan skrin seluas 10 inci, tablet tersebut juga memiliki pelbagai fungsi menarik seperti fungsi untuk berkongsi artikel di platform media sosial seperti Facebook atau Instagram.



6. FUNGSI 'ZOOM-IN' UNTUK BESARKAN ARTIKEL



Ia juga mempunyai fungsi 'zoom in', yang membolehkan anda membesarkan bahagian artikel yang mahu dibaca.



Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara menggunakan tablet BH, anda boleh menonton video yang menunjuk cara menggunakan tablet itu di laman ini: https://bit.ly/2m09kZi.



Hubungi 6388-3838 atau lungsuri laman bhsub.sg/bhtablet untuk melanggani promosi ini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >