Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 100 penduduk dipindah; koridor flat dijilat api

Sep 08, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 100 penduduk dari tingkat sembilan hingga 12 di Blok 3 Telok Blangah Crescent dipindahkan selepas satu kebakaran dilaporkan di koridor tingkat 9 blok itu, malam kelmarin.



Dalam satu catatan Facebook, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan mereka menerima laporan kebakaran itu pada sekitar 8 malam.



Kebakaran itu melibatkan pelbagai barangan yang diletakkan di koridor tersebut.



Api kebakaran yang menyelubungi koridor berdekatan satu antara dua lif lobi di tingkat itu, telah dapat dipadamkan dengan satu jet air.



Pihak SCDF dan polis telah membantu memindahkan lebih 100 penduduk dari unit tingkat 9 hingga 12 sebagai langkah berjaga-jaga. Terdapat beberapa penduduk juga yang bergegas meninggalkan flat sendiri sebelum pihak SCDF tiba.



Menurut SCDF, lapan penduduk dilaporkan tercedera. Hanya empat daripadanya dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH) untuk pemeriksaan lanjut.



SCDF sedang menyiasat punca kebakaran.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >