Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 1,000 barangan berkait e-rokok dirampas ICA

Oct 15, 2019 | 12:21 PM



LEBIH 1,000 barangan berkaitan dengan rokok elektronik (e-rokok) dirampas oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Khamis lalu (10 Oktober).



ICA berkata pegawainya di Air Cargo Command telah merampas 35 e-rokok dan 1,078 pod e-rokok. Pod itu biasanya digunakan untuk mengandungi cecair yang digunakan dalam e-rokok.



Menurut laporan The Straits Times, pegawai ICA mengambil keputusan untuk memeriksa lalu merampas bungkusan tersebut selepas mereka melihat sesuatu yang mencurigakan, berbeza daripada apa yang lazim mereka lihat dalam gambar imbasan.



ICA berkata dalam satu pos di Facebook pada Isnin (14 Oktober), bungkusan itu telah diisytiharkan mengandungi topeng muka.



Kes itu dirujukkan kepada  Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk siasatan lanjut.



Sesiapa yang didapati bersalah menjual, mengimport atau mengedar e-rokok boleh didenda sehingga $10,000, dipenjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya.



Pesalah berulang boleh didenda sehingga $20,000, dipenjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali.



Sejak 1 Febuari 2018, adalah salah di sisi undang-undang bagi sesiapa untuk memiliki, membeli atau menggunakan e-rokok. Pesalah boleh didenda sehingga $2,000.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >