Lebih 1,000 karton rokok yang tidak dibayar cukai ditemui di pusat pemeriksaan Woodlands

Pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menemui lebih 1,000 karton dan 400 paket rokok yang tidak dibayar cukai dalam dua insiden berasingan pada Khamis (29 Nov).

Sekitar 5.45 petang, pegawai ICA di pusat pemeriksaan Woodlands, mengesan beberapa keganjilan semasa meneliti imej imbasan lori yang berdaftar di Malaysia. Lori itu tidak seharusnya mengangkuta apa-apa.

Justeru, pegawai ICA memeriksa lori itu dan menemui 961 karton dan 117 paket rokok yang tidak dibayar cukai, yang telah disembunyikan di panel bahagian atas lori yang sedang memasuki Singapura.

Tidak lama selepas itu, sekitar 7.15 malam, pegawai ICA menemui 119 karton dan 298 paket rokok yang tidak dibayar cukai dalam pintu dan di bawah lantai kereta yang berdaftar di Malaysia. Kereta itu juga sedang memasuki Singapura.

Kastam Singapura sedang menyiasat kededua kes.

Dalam kenyataannya yang dikongsi di Facebook, ICA berkata:
“ICA akan terus melakukan pemeriksaan keselamatan ke atas penumpang dan kenderaan untuk mencegah sebarang percubaan menyeludup orang, dadah, senjata, bahan letupan dan barangan yang tidak dibayar cukai.”