LEBIH 1,000 warga tua menghadiri karnival penuaan aktif di Sembawang pagi tadi, sebahagian daripada Program Kesejahteraan oleh Persatuan Rakyat (PA) untuk menggalak kehidupan sihat di kalangan warga tua.
Acara tersebut merangkumi sesi zumba beramai-ramai oleh yang dikendalikan Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), pemeriksaan kesihatan yang dijalankan hospital Khoo Teck Puat, serta skit drama demensia yang dipersembahkan oleh Agensi bagi Penjagaan Bersepadu (AIC).
Acara itu, yang berlangsung di padang sebelah Sun Plaza di Sembawang Drive, dianjurkan bersama oleh lima kawasan GRC Sembawang- Admiralty, Canberra, Gambas, Sembawang dan Woodlands.