Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 10,000 flat BTO, baki ditawar dalam jualan Nov HDB

Nov 22, 2016 | 11:55 AM



SEBANYAK 5,110 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) dan 5,008 flat tidak terjual semasa pelancaran lalu ditawarkan dalam pelancaran terakhir flat HDB tahun ini, yang bermula pada Selasa (22 Nov).



Flat-flat tersebut terletak di estet matang dan belum matang.



Flat BTO termasuk 2,194 unit di tiga projek di Punggol, dengan harga sebelum geran antara $80,000 bagi flat Flexi dua bilik hingga $348,000 bagi flat 3Gen untuk keluarga pelbagai generasi.



Selebih flat BTO itu terletak di bandar matang, dengan 1,655 di tiga projek di Bedok, 1,018 di dua projek di Bidadari - sebuah kawasan baru sebagai sebahagian daripada matang bandar Toa Payoh - dan 243 flat tiga dan empat bilik di Kallang Residences di Kallang/Whampoa.



Harga flat di bandar matang, sebelum geran, daripada $135,000 bagi flat Flexi dua bilik di Bedok hingga $497,000 bagi flat empat bilik di Kallang Residences.



Terdapat juga 5,008 flat di bawah Jualan Flat Baki di pelbagai bandar dan estet, dan terdiri daripada flat Flexi dua bilik hingga flat 3Gen dan flat eksekutif. Flat-flat ini hampir siap.



Flat eksekutif, yang tidak lagi dibina HDB, terletak di estet belum matang Choa Chu Kang, Jurong East, Sengkang, Woodlands dan Yishun, dan estet matang Pasir Ris, Queenstown, Serangoon dan Tampines.



Permohonan untuk flat BTO dan flat baki itu dibuka hingga 11.59 malam pada Isnin, 28 Nov



Pelancaran BTO seterusnya pada Februari 2017, dengan estet belum matang Punggol dan Woodlands masing-masing menawarkan kira-kira 1,770 dan 170 flat, manakala estet matang Clementi dan Tampines masing-masing menyediakan 1,600 dan 620 flat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >