Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 10,000 penduduk terima nasihat guaman percuma

Sep 19, 2018 | 05:30 AM



LEBIH 10,600 penduduk telah menerima nasihat undang-undang percuma oleh peguam pro bono di lima klinik guaman Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) sejak 2014, kata Menteri Negara Kanan (Undang-Undang merangkap Kesihatan), Encik Edwin Tong.



Berucap semasa pelancaran Minggu Kesedaran Undang-Undang (LAW) @ CDC 2018 Sabtu lalu, beliau berkata dapatan tinjauan kepuasan Khidmat Pro Bono Persatuan Guaman menunjukkan 86 peratus daripada penduduk itu merupakan pemohon kali pertama.



Tinjauan itu, yang dijalankan antara Mac dengan Mei tahun ini, turut menunjukkan 77 peratus pemohon berkata mereka akan mengambil tindakan seperti yang disarankan peguam khidmat pro bono.



"... itu satu ukuran nilai khidmat dan nilai nasihat yang telah diberikan kepada penduduk ini," kata beliau.



Satu Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani antara Persatuan Guaman dengan lima CDC di sini bagi menyediakan klinik guaman pro bono masyarakat di kesemua lima daerah pada 2014.



Selain khidmat guaman, Encik Tong berkata peguam pro bono dan sukarelawan pelajar di klinik guaman tersebut juga merujuk penduduk yang memerlukan bantuan kemasyarakatan kepada CDC.



Beliau turut menyentuh tentang LAW @ CDC 2018 yang buat julung-julung kalinya diadakan dalam tiga bahasa - Inggeris, Melayu dan Mandarin.



Tahun ini, LAW @ CDC 2018, yang dilancarkan di Wisma Geylang Serai dan diadakan hingga 31 Oktober, memberi tumpuan pada undang-undang keluarga dan syariah.



Turut hadir di majlis pelancaran itu ialah Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar) Dr Mohamad Maliki Osman.



Dengan mendidik dan mengongsi maklumat undang-undang dan beberapa konsep perundangan asas, Encik Tong berharap orang ramai dapat mengenali wadah di mana mereka boleh mendapatkan nasihat undang-undang dan mengenal pasti isu undang-undang awal sebelum masalah berlanjutan.



Terutamanya dalam konteks prosiding keluarga, beliau berharap mereka juga dapat memahami kesan prosiding keluarga ke atas kanak-kanak dan melindungi kepentingan kanak-kanak sebaik mungkin.



"Misalnya, ceramah mengenai undang-undang keluarga akan merangkumi topik Perintah Perlindungan Peribadi dan Perintah Larangan Domestik yang berlaku dalam konteks keganasan keluarga.



"Terdapat juga ceramah yang memberi maklumat tentang kanak-kanak, apakah dan bagaimanakah kepentingan kanak-kanak boleh dijaga secara terbaik apabila terdapat pertikaian keluarga," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >