Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 1,040 flat BTO dilancar di bandar Tengah bulan ini, sebahagian projek bina 'bandar belantara'

Aug 10, 2020 | 02:51 PM



PENDUDUK  di distrik perumahan Park di bandar Tengah  boleh membina kehidupan dalam sekitaran bertema hutan tropika dan berciri lebih mesra alam.



Antara lain, taman permainan kanak-kanak dan laluan yang menghubungkan beberapa estet perumahan di ana berciri hutan tropika, sementara distrik itu akan disepadukan dengan taman khas bernama Central Park.



Distrik Park, yang seluas 104 hektar, adalah yang ketiga daripada lima distrik yang dirancang bagi Tengah – bandar terbaru yang dibangunkan di sini.

Samalam, HDB melancarkan Parc Residences, projek Bina-Ikut-Tempahan (BTO) pertama di distrik itu. 



Distrik Park, yang namanya bermaksud ‘Taman’ dalam bahasa Inggeris, akan dihubungkan dengan pusat bandar dan distrik lain juga merangkumi beberapa ruang hijau.



Sekitar 20 peratus kawasan di bandar Tengah diperuntuk bagi ruang hijau, kata Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) dalam kenyataannya pada Isnin (10 Ogos).





Bandar Tengah, yang disifatkan sebagai bandar belantara, adalah sebesar 700 hektar, serupa dengan saiz Bishan.



Menurut HDB, semua lima distrik di bandar itu akan merangkumi desain yang mendekatkan penduduk dengan alam sekitar.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >