LEBIH 1.1 juta warga Singapura telah keluar mengundi menjelang tengah hari tadi.
Dalam kenyataannya, Jabatan Pilihan Raya (ELD) berkata seramai 1,153,570 warga telah mengundi di 832 pusat mengundi serata pulau.
Antara mereka termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan isteri, Cik Ho Ching di pusat mengundi Sekolah Rendah Alexandra.
Presiden Tony Tan dan isteri pula mengundi di Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang.
Pusat mengundi ditutup pada 8 malam ini.