Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 110 kursus di hab pembelajaran baru bagi golongan kurang upaya

May 21, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 110 kursus pembelajaran dilancarkan oleh SG Enable di sebuah hab pembelajaran baru bagi golongan kurang upaya di Enabling Village, Lengkok Bahru, semalam.



Dinamakan Enabling Academy, akademi itu menggabungkan rakan kongsi dari sektor pendidikan, perniagaan dan pertubuhan kurang upaya untuk menyediakan peluang pembelajaran yang responsif dan bermutu bagi golongan kurang upaya.



Ia turut membolehkan lebih banyak rangkaian sokongan menerusi latihan yang diadakan.



Pelbagai kursus latihan telah disediakan bagi golongan kurang upaya misalnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, pemasaran digital, pembangunan laman, perakaunan, pentadbiran pembangunan awal kanak-kanak.



Semasa menghadiri pelancaran hab tersebut, Setiausaha Parlimen (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua, berkata pelancaran tersebut satu peristiwa penting bagi masyarakat Singapura kerana ia meningkatkan peluang latihan bagi golongan kurang upaya untuk bekerja bersama golongan karyawan.



Menyentuh tujuan penubuhan akademi itu, Encik Chua yang juga Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga), menjelaskan:



"Pertama, akademi ini akan melangkaui latihan vokasional, dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menawarkan peluang pembelajaran sepanjang hayat bagi golongan kurang upaya.



"Kedua, ia akan menawarkan program latihan untuk pihak berkepentingan yang membentuk rangkaian sokongan bagi golongan kurang upaya.



"Ketiga, akademi akan menjalin lebih banyak perkongsian korporat dan berusaha membina keupayaan penyedia latihan untuk memperbaiki akses mereka kepada kursus-kursus tersebut."



Akademi ini juga bertujuan menyediakan pelbagai peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk golongan kurang upaya dalam pengurusan masa dan kemahiran memasak.



Secara keseluruhan, terdapat 36 rakan kongsi latihan yang bekerjasama dengan Enabling Academy.



Antaranya pengarah eksekutif perkhidmatan masyarakat Presbyterian, Encik David Lim, yang melahirkan rasa gembira dapat bekerjasama dengan Enabling Academy.



"(Kami akan) memaksimumkan peluang potensi untuk golongan kurang upaya serta berusaha untuk mencapai masyarakat lebih inklusif.



Satu lagi rakan kongsi latihan ialah pengarah divisyen, perkhidmatan pelajar dan graduan Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Encik Soh Sze Wei.



"Kami telah belajar daripada SG Enable dan rakan kongsi Agensi Perkhidmatan Sosial mengenai cara menyesuaikan latihan bagi golongan kurang upaya.



"Dengan penubuhan akademi ini, kami berharap dapat mengasah cara latihan disampaikan dan memperbaiki amalan kebolehcapaian terhadap golongan kurang upaya agar mengejar pembelajaran sepanjang hayat," katanya.



Seorang pelatih relawan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Singapura (SAVH), Cik Katy Lim-Lee, 72 tahun, pula berkata beliau gembira terdapat akademi seperti itu.



"Saya rasa ini penting kerana ia dapat membantu dan membimbing ramai (golongan kurang upaya) dalam permulaan kerjaya mereka ataupun untuk meningkatkan kemahiran mereka seterusnya," ujar Cik Lim-Lee kepada Berita Harian.



Beliau kemudian meluahkan minat dalam menyertai kursus pendigitalan supaya dapat mengikuti arus perkembangan hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >