Lebih 110 majikan ikrar wujudkan sekitaran pekerjaan membina
Ikrar Pekerjaan Pemberdayaan dilancarkan oleh Presiden Halimah Yacob sebagai sebahagian Cabaran Presiden 2020
Mar 12, 2020 | 05:30 AM
LEBIH 110 majikan telah menandatangani ikrar untuk mewujudkan pemikiran inklusif, persekitaran pekerjaan yang bebas-adangan dan dasar pekerjaan yang menyokong golongan kurang upaya di tempat kerja mereka.
Ikrar Pekerjaan Pemberdayaan itu dilancarkan semalam oleh Presiden Halimah Yacob sebagai sebahagian Cabaran Presiden 2020.