ACARA memungut sampah serata pulau, Operation WE Clean UP! (OWCU) 2016, membawa masyarakat bersama daripada pelbagai kawasan Singapura sebagai usaha mengingatkan rakyat tentang kepentingan kebersihan.
Ia juga mengingatkan rakyat tentang sikap buruk membuang sampah sembarangan kerana rakyat sememangnya tidak mahu melihat sampah bersepah merata-rata.